Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.ding] | برونديڠ

Definisi : 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.ding] | برونديڠ

Definisi : berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Puisi
 

Jika puan betul nareka,
     Tareka saya kain kasa;
Jika tuan benar suka,
     Pulang berunding dengan ibu bapa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Habis beralur maka beralu-alu.

Bermaksud :

Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consultberundingPentadbiranTiadaTiada
deliberative democracydemokrasi secara berundingSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
panelpanelPendidikanTiadaKumpulan individu yang dibawa berunding untuk menilai pendapat tentang sesuatu perkara atau isu.
self-advocacypembelaan diriKejururawatanTiadaKebolehan individu berkomunikasi dengan berkesan, berunding dengan tegas akan keperluan dan haknya termasuk membuat keputusan dan menerima tanggungjawab atas keputusan tersebut.
surface bargainingtawar-menawar bermula-mukaPentadbiranTiadaPihak majikan bertemu dan berunding dengan kesatuan tetapi tidak berniat untuk mencapai persetujuan.
consultationperundinganSejarahTiada2. Pertemuan antara dua pihak yang bertentangan untuk berbincang dan berunding dalam menyelesaikan masalah antara kedua-duanya.
takaful brokerbroker takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang menasihati bakal peserta tentang keperluan takaful dan berunding dengan syarikat pengendali takaful bagi pihak mereka secara profesional. Broker takaful bertindak bagi pihak peserta dan akan mendapat bayaran komisen. Pihak yang ingin menjadi broker takaful mesti mendapat lesen terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Takaful dan menjadi ahli persatuan broker takaful yang diiktiraf oleh kerajaan.
insurance brokerbroker insuransinsuransTiadaIndividu atau syarikat yang menasihat bakal insured tentang keperluan insurans mereka dan berunding dengan insurer bagi pihak insured secara profesional. Atas perkhidmatan ini broker dibayar satu bayaran yang dinamakan brokeraj.
insurance brokerbroker insuransPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu atau syarikat yang menasihat bakal insured tentang keperluan insurans mereka dan berunding dengan insurer bagi pihak insured secara profesional. Atas perkhidmatan ini broker dibayar satu bayaran yang dinamakan brokeraj.
insurance brokerbroker insuransPentadbiran PerniagaanTiadaIndividu atau syarikat yang menasihat bakal insured tentang keperluan insurans mereka dan berunding dengan insurer bagi pihak insured secara profesional. Atas perkhidmatan ini broker dibayar satu bayaran yang dinamakan brokeraj.
123

Kembali ke atas