capable guardian | penjaga berupaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Salah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai. |
concious | sedar | Perubatan | Tiada | Berupaya bergerak balas terhadap rangsangan deria atau berupaya menghayati sesuatu pengalaman. |
receptor element | unsur reseptor | Biologi | Genetik | Unsur kawalan yang berupaya untuk menyisip masuk ke dalam sesuatu gen untuk menghasilkan mutasi dan juga berupaya untuk keluar daripada sesuatu gen dan menghasilkan mutasi yang tak stabil. unsur pengawal atur. |
Lewis electronic theory | terori elektron Lewis | Farmasi | Tiada | Konsep asid-bes yang mentakrifkan asid sebagai sebatian yang berupaya menerima sepasang elektron dan bes sebagai sebatian yang berupaya menderma sepasang elektron. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
carbon sink | kawasan tadahan karbon | Pertanian | Agroteknologi | Kawasan semula jadi seperti hutan hujan, tanah dan lautan yang berupaya menyimpan karbon dioksida. Hutan hujan yang terdiri daripada pokok-pokok rimbun menyerap karbon dioksida daripada udara melalui proses fotosintesis dan membentuk karbohidrat. Karbohidrat menjadi stuktur yang menyebabkan pokok membesar dan jumlah karbon akan meningkat dalam pokok. Walaupun pokok menjana karbon dioksida dalam proses respirasi, kadar penyerapan karbon dioksida melebihi kadar penjanaannya, oleh itu hutan hujan dianggap tadahan karbon. Tanah pula merupakan kawasan penguraian bahan tumbuhan yang reput. Bahan reput seterusnya menjadi bahan organik yang tinggi kandungan karbonnya dan disimpan dalam tanah. Lautan merupakan kawasan tadahan karbon terbesar dan berupaya menyerap lebih daripada 25% karbon dioksida yang dijana sedunia. |
homoiothermal | homoioterma | Perubatan | Tiada | Berupaya mengekalkan suhu badan yang malar, walaupun terdapat perubahan pada suhu persekitaran. |
cancerogenic | kanserogenik | Perubatan | Tiada | Berupaya untuk menyebabkan karsinoma. |
cellulicidal | selulisidal | Perubatan | Tiada | Berupaya memusnah sel. |