Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wi.ba.wa] | برويباوا

Definisi : = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wi.ba.wa] | برويباوا

Definisi : 1 mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
best bookbuku terbaikPerpustakaanTiadaBuku yang dianggap paling autoritatif atau berwibawa dalam sesuatu subjek atau kumpulan subjek.
authoritative newsberita autoritatifKomunikasiTiadaBerita yang diterima daripada sumber yang berwibawa dan mempunyai pengetahuan serta diperakui bidangnya.
recognitionpengiktirafan; pengecamanSejarahTiada1. Pengiktirafan: Perihal memberi penghormatan yang tinggi oleh pihak yang berwibawa kepada seseorang.
casting voteundi pemutusSejarahTiadaUndi yang menentukan keputusan yang pasti oleh pihak yang berwibawa.
certificateperakuanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDokumen elektronik yang ditandatangani secara digital oleh pihak yang berwibawa. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang suatu entiti dan kekunci awam entiti tersebut.
AreopagusAreopagusKesusasteraanTiada1. Tribunal tertinggi di Athena.,2. Sebarang tribunal atau kumpulan orang yang pengadilannya penting atau berwibawa.
canonkanunKesusasteraanTiadaSekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut.
majority leaderpemimpin majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemimpin dari parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya. Pemimpin ini mempunyai sifat yang berwibawa dan berkarisma untuk menjadi seorang pemimpin yang unggul. Pemimpin majoriti merupakan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat dan ahli parlimen untuk menerajui pemerintahan negara. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad pemimpin majoriti yang mendapat sokongan besar pengundi kawasan dan ahli parlimen.
counselingkaunselingKomunikasiTiadaProses komunikasi secara peribadi yang bertujuan untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah. Proses kauseling lazimnya dikendalikan oleh seorang pakar yang berwibawa dan terlatih.
introductory remarkskata pengantarKomunikasiKorporatKata-kata yang ditulis di bahagian awal dalam sesuatu hasil penerbitan seperti buku. Penulis kata pengantar biasanya terdiri daripada individu yang arif atau berwibawa dalam bidang yang berkaitan. Bentuk penulisannya adalah ringkas dan padat, serta lebih memberikan tumpuan kepada ucapan mengalu-alukan usaha penghasilan penerbitan berkenaan.
123

Kembali ke atas