seed colour | warna biji | Pertanian | Agronomi | Warna kulit pada biji benih. Warna biji menunjukkan kematangan biji tersebut. Warna pada kulit biji akan bertukar mengikut kematangan tanaman. Biji berwarna hijau menunjukkan peringkat muda, manakala biji berwarna coklat menunjukkan peringkat matang atau tua. Kualiti biji benih boleh dilihat pada warna biji benih. Contohnya, warna biji benih bersih bermakna biji tersebut bersih daripada penyakit. |
pure seed | biji tulen/biji benih tulen | Pertanian | Agronomi | Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen. |
seed classification | pengelasan biji benih | Pertanian | Agronomi | Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan. |
certified seed | Biji benih berdaftar/ biji benih diiktiraf | Pertanian | Agronomi | Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf. |
seed | biji | Herba | Tiada | Organ pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih. |
pip | biji | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Biji terutamanya biji limau, epal atau pear. |
seed transmission | penyebaran biji benih | Pertanian | Agronomi | Jangkitan penyakit yang disebarkan melalui biji benih. Contohnya, biji benih yang mengandungi patogen akan menjangkiti biji benih lain. Jangkitan juga berlaku daripada biji benih yang bercambah kepada anak benih. Kebanyakan penyakit penyebaran biji benih disebabkan bakteria yang sukar dikawal melalui pemprosesan biji benih. |
recalcitrant seed | biji benih rekalsitran | Herba | Botani dan Bioteknologi | Jenis biji benih yang tidak boleh hidup atau tumbuh setelah kering atau disimpan pada suhu yang rendah. Biji benih jenis ini banyak ditemui dalam spesies tumbuhan tropika dan menimbulkan masalah dalam usaha pemuliharaan. Contohnya, biji nangka, biji rambutan dan biji getah. |
Cold stratification | Stratifikasi sejuk | Pertanian | Agronomi | Sejenis rawatan terhadap biji benih tanaman di kawasan temperat untuk memecahkan dormansi biji benih. Biji benih tidak bercambah sehingga ia terdedah kepada suhu sejuk yang harus dilalui dalam keadaan semula jadi untuk memecah dormansi. Dalam kaedah ini biji benih direndam dalam air yang disejukkan sehingga 1 hingga 3 oC dalam tempoh 1 hingga 3 bulan |
seed | benih; biji benih; biji | Pertanian | Tiada | Tiada |