Pleiades/seven system | Pleiades/Bintang Tujuh | Matematik | Tiada | Gugus bintang berserak dalam buruj Taurus. Daripada 3000 bintang yang terdapat di dalamnya, enam sahaja dapat dilihat dengan mata kasar: Alcyone, Maia, Atlas, Electra, Merope dan Taygete. |
literal meaning | makna harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. |
Merope | Merope | Matematik | Tiada | Salah satu daripada tujuh bintang dalam gugus bintang berserak Pleiades. |
Plough (Big Dipper) | Gayung Besar | Matematik | Tiada | Sekumpulan bintang di dalam buruj Ursa Major yang mengandungi tujuh bintang yang tercerah dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama. Bintangnya ialah Alioth, Dubae, Alcaid, Mizar, Merak, Phecda dan Megrez. |
aristocrat | bangsawan | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi. |
Big Dipper | Gayung Besar | Matematik | Tiada | Istilah Amerika Syarikat bagi plough. Sekumpulan bintang di dalam buruj Ursa Major yang mengandungi tujuh bintang yang tercerah dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama. Bintangnya ialah Alioth, Dubne, Alcaid, Mizar, Phecda dan Megrez. |