Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biotic potentialpotensi biotikPertanianAgronomi

Keupayaan maksimum bagi sesuatu organisma yang dapat membiak dalam keadaan persekitaran yang optimum. Potensi biotik biasanya dihadkan oleh rintangan persekitaran seperti keadaan suhu dan kelembapan. Potensi biotik akan menjadi kenyataan sekiranya keadaan persekitaran yang paling sesuai diperolehi. Organisma yang berpotensi biotik akan berkembang mengikut pertumbuhan secara eksponen dan dididapati mempunyai tahap kesuburan yang tinggi.

crop ecologyekologi tanamanPertanianAgronomi

 Bidang ilmu yang tertumpu kepada hubungan tanaman dengan faktor persekitaran seperti tanah, cahaya, suhu, hujan dan faktor biotik. Faktor biotik termasuklah tumbuhan lain yang ada di sekelilingnya seperti rumpai dan makhluk perosak seperti serangga. Ekologi tanaman menjadi asas amalan perladangan seperti penentuan jarak tanaman, pembajaan, pengawalan perosak dan pengairan.

bioticbiotikBiologiEkologiLihat faktor biotik.
biotic factorfaktor biotikBiologiEkologiOrganisma hidup yang mempengaruhi kehidupan organisma lain dalam sesuatu persekitaran, misalnya kehadiran ikan tilapia dalam tasik merupakan faktor biotik yang boleh mengawal populasi nyamuk.
environment resistancerintangan persekitaranBiologiEkologiFaktor abiotik dan biotik yang menghalang sesuatu populasi daripada mencapai keupayaan biotik, misalnya persaingan dan parasitisme.
biotic factorfaktor biotikPertanianAgronomi

Organisma hidup di alam sekeliling yang boleh memberi kesan kepada kehidupan tanaman atau haiwan di persekitaran yang sama. Contohnya, kehadiran serangga perosak atau patogen menjadi satu faktor biotik yang mungkin menjadi ancaman kepada sesuatu tanaman.

environmental resistanceketahanan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauFaktor biotik dan abiotik yang membatasi pertumbuhan populasi untuk mencapai potensi pertumbuhan maksimum. Faktor biotik adalah seperti pemangsa, penyakit, persaingan dan kekurangan makanan, manakala faktor abiotik pula seperti kebakaran, banjir dan kemarau.
biotic influencepengaruh biotikPertanianAgronomi

Kesan kehadiran tumbuhan atau haiwan lain di persekitaran, contohnya adanya pokok tinggi berhampiran tanaman akan memberi naungan kepada tanaman itu dan akan merendahkan hasil tanaman. Kehadiran cacing dalam tanah memberi pengaruh biotik yang menyuburkan tanah melalui penggemburan dan penambahan bahan organik.

cross pollinationpendebungaan silangBiologiEkologiPemindahan debunga dari anter sekuntum bunga ke stigma bunga tumbuhan lain. Biasanya proses ini dibantu oleh agen bukan biotik, seperti angin, dan air, atau agen biotik, seperti serangga dan burung.
biotic1. biotik 2. biotaPerhutananTiadaTiada
12345

Kembali ke atas