Laplacian operator | pengoperasi Laplacean | Kejuruteraan | Tiada | Pengoperasi kebezaan yang bisanya diwakili lambang ý, disebut del kuasa dua. |
demolition insurance | insurans meroboh | insurans | Tiada | Insurans yang memberi perlindungan perbelanjaan meroboh yang bisanya dikecualikan oleh fasal meroboh. |
door opener | pembuka pintu | Teknik | Elektrik | Peranti yang dikendalikan untuk membuka pintu rumah atau bangunan secara automatik. Bisanya peranti ini dikendalikan oleh motor atau menggunakan sistem hidraulik. |
acervulus | aservulus | Biologi | Mikologi | Stroma kulat yang pipih atau berbentuk piring yang menyokong sekumpulan konidiofor yang biasanya pendek dan terbungkus padat. Stroma kulat ini bisanya berkembang secara subkutikel atau subepidermis di dalam perumah tumbuh-tumbuhan dan apabila matang, akan memecahkan tisu tumbuhan yang menindih untuk membolehkan konidium disebarkan. |
plugging | penampalan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses memasukkan potongan kayu atau venir kecil untuk menggantikan bahagian venir yang cacat yang terjadi secara semula jadi pada buku kayu, atau akibat pembuangan cacat lain pada kepingan venir. Potongan ini bisanya diselitkan sahaja sehingga kepingan venir tadi diperekat menjadi papan lapis. |
arachnid poisoning | keracunan araknida | Kimia | Forensik | Keracunan disebabkan gigitan araknida, misalnya labah-labah "black widow", labah-Iabah "brown reduse" dan kala jengking beracun. Misalnya, bisa labah-labah "black widow" adalah lebih toksik berbanding dengan bisa ular, tetapi disebabkan ia tersuntik dalam jumlah yang sangat sedikit, gigitan hanya berbahaya bagi kanak-kanak dengan berat badan kurang daripada 15 kg. Bisanya menyebabkan pelbagai kesan nellrologi. Gejala utama ialah spasma otot dengan serta-merta, sakit sedikit, dan bengkak pada kesan gigitan, yang dengan cepat menular kepada sakit dada, abdomen, dan sendi dan seterusnya loya, peliuran, dan berpeluh. Pernafasan kemudiannya menjadi sukar, serta sakit otot dan kekejangan merebak ke seluruh badan. Abdomen, dada, atau otot belakang menjadi keras, dan pesakit menjadi tersangat resah. |