Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl beroleh: titah raja, ~kah keris itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reductionpenurunanKimiaTiada1. Penyingkiran oksigen daripada sesuatu bahan, atau penggabungan hidrogen kepadanya. Misalnya, penurunan kuprum(II) oksida kepada kuprum oleh karbon. 2. Tindak balas yang melibatkan penerimaan elektron. Misalnya, penukaran ion ferum(III) kepada ion ferum(II). Proses penurunan boleh berlaku apabila bahan yang akan terturun, iaitu agen pengoksidaan, bertindak balas dengan agen penurunan atau menerima elektron daripada katod dalam elektrolisis. Bdg. pengoksidaan.
estimateanggaranMatematikTiadaKiraan kasar yang melibatkan penghampiran untuk jawapan kepada sesuatu masalah. Contoh: (i) Dari ukuran lilitan dan jejari satu bulatan, anggaran nilai π boleh didapati. (ii) Dalam statistik, min suatu sampel diambil sebagai anggaran min suatu populasi.
restriction enzymeenzim pembatasanFarmasiBioteknologi FarmasiEnzim daripada bakteria yang boleh mencerna dan membataskan bebenang DNA. Dalam bakteria, enzim ini merupakan mekanisme pertahanan diri terhadap serangan virus. Enzim ini digunakan secara meluas dalam teknologi rekombinan DNA. Terdapat dua jenis atau kelas enzim pembatasan, iaitu: i. Jenis I, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada kedudukan rawak. ii. Jenis II, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada jujukan DNA spesifik dan menghasilkan DNA dengan hujung DNA bersimetri, sama ada hujung tumpul atau hujung jeleket.
oral hypoglycemic agentagen hipoglisemik oralFarmasiFarmakologiAgen sintetik yang diberi secara oral untuk menurunkan paras glukosa darah dalam rawatan diabetes melitus jenis II. Agen ini boleh dikelaskan kepada sulfonilurea seperti gliklazida, biguanida (metfomim), meglitinida (repaglinida), tiazolidinedion (rosiglitazon), perencat glukosidase alfa (akarbosa) dan perencat DPP-4 (sitagliptin).
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
eeMatematikTiadaNombor tak nisbah yang boleh ditakrif sebagai (i) hasil tambah siri tak terhingga (ii) nombor yang mendekati (iii) nombor yang memenuhi sifat
siderophilinsiderofilinKimiaForensikMolekul pseudoglobulin yang boleh mengangkut ferum di dalam badan. Keadaan ini terjadi apabila ion ferum(II) teroksida kepada ion ferum(IIl), dan dalam kehadiran CO2, membentuk suatu kompleks yang terikat kepada molekul pseudoglobulin tersebut.
toxin theoryteori toksinBiologiPatologiTeori yang diajukan oleh Wheeler & Luke (1963) untuk memastikan penglibatan toksin dalam menyebabkan sesuatu penyakit, iaitu: i. toksin dalam kepekatan tertentu boleh menyebabkan gejala khas bagi sesuatu penyakit pada perumah yang rentan, ii. patogen dan toksin mempunyai kekhususan perumah yang sama, dan iii. terdapat korelasi positif antara jumlah toksin yang dihasilkan dengan keparahan penyakit. Walau bagaimanapun, perkara (ii) tersebut hanya benar bagi toksin perumah khusus sahaja.
chelatekelatKimiaKimia AnalisisLigan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+
12345

Kembali ke atas