Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bor.juis] | بورجويس

Definisi : 1. orang drpd kelas pertengahan; 2. (mengikut teori Marxisme) orang yg tergolong dlm kelas pertengahan yg memiliki kebanyakan harta dlm sistem kapitalis; 3. orang yg perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan golongan kelas pertengahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bor.juis] | بورجويس

Definisi : golongan masyarakat yg berbangsa lagi berharta; orang-orang bangsawan atau hartawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borjuis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap
petit bourgeoisborjuis kecilSains PolitikPolitik PerbandinganKelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan.
petit bourgeoisborjuis bawahanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat borjuis kecil.
bourgeoisborjuisKependudukanTiadaTiada
bourgeoisborjuisPerpustakaanTiadaTiada
bourgeoisieborjuis)GeografiTiadaTiada
bourgeoisborjuisKesusasteraanTiadaTiada
bourgeoisieborjuis)KesusasteraanTiadaTiada
bourgeoisborjuisSains PolitikTiadaIstilah yang dipopularkan oleh Marx bagi merujuk kepada kelas menengah dalam sistem kapitalis.
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
123

Kembali ke atas