cuspal contact | sentuhan kuspa | Pergigian | Tiada | Pertemuan hujung kuspa gigi dengan hujung kuspa gigi yang setentang. Sentuhan jenis ini bukanlah sentuhan yang normal dan pengunyahan akibat sentuhan ini juga tidak sempurna. Sentuhan jenis ini tidak stabil dan mungkin akan mengakibatkan gangguan oklusi dan menyebabkan kesakitan otot kunyahan dan juga sendi temporomandibular. |
fuduli | tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal perbuatan mengendalikan harta orang lain tanpa kebenaran syarak. Pihak yang terlibat itu bukanlah pemilik, wakil, wali atau wasi yang berhak terhadap sesuatu harta tersebut. |
social responsibility | tanggungjawab sosial | Pengurusan | Perancangan | Tindakan yang diambil oleh organisasi untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat. Tanggungjawab ini bukanlah sesuatu yang mesti dilakukan oleh organisasi tetapi bertujuan untuk menjaga imej organisasi berkenaan dan memelihara hubungan baik dengan masyarakat. Contohnya, organisasi yang terlibat dengan program amal dan khidmat masyarakat bersama-sama penduduk setempat. |
crime pattern theory | teori pola jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang menerangkan bagaimana jenayah berlaku di sesuatu kawasan, iaitu kejadian jenayah bukanlah sesuatu yang berlaku secara rambang tetapi mungkin secara terancang atau wujudnya peluang. Jenayah akan berlaku apabila ruang aktiviti mangsa bertindih dengan ruang aktiviti pesalah. Contohnya, kedua-dua pelaku dan mangsa berada di tempat kerja yang sama. |
polarizability | kebolehkutuban | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Ukuran kemudahan elektron sesuatu atom atau molekul diganggu dan seterusnya digantikan oleh medan elektrik luar. Sifat kebolehkutuban bukanlah malar tetapi sentiasa berubah dengan kedudukan atom molekul relatif kepada medan elektrik yang dikenakan. |
Einstein-Podolsky-Rosen experiment | uji kaji Einstein-Podolsky-Rosen | Fizik | Mekanik Kuantum | Uji kaji Gedanken yang dikemukakan untuk menghujah bahawa mekanik kuantum bukanlah suatu teori yang lengkap, dengan menggunakan kaedah pengukuran pengutuban dua foton yang terpancar dalam arah berlawanan dalam atom bertingkat. |
cusp to marginal ridge contact | sentuhan kuspa ke batas pinggir | Pergigian | Tiada | Pertemuan hujung kuspa gigi dengan batas pinggir gigi yang setentang. Sentuhan jenis ini bukanlah sentuhan yang normal dan pengunyahan akibat sentuhan ini juga tidak sempurna. |
groupthink | pemikiran kumpulan | Pengurusan | Perancangan | Kecenderungan sekumpulan individu untuk menyekat atau menahan sebarang pandangan yang berlawanan demi menjaga dan mengekalkan keharmonian kumpulan. Keputusan yang dibuat bukanlah berdasarkan pertimbangan rasional dan tidak mengambil kira kepelbagaian pendapat daripada ahli kumpulan. Lihat juga penyanggah. |
ethical responsibility | tanggungjawab etika | Pengurusan | Perancangan | Tingkah laku organisasi yang memenuhi jangkaan masyarakat berdasarkan prinsip tentang perkara yang betul dan perkara yang salah. Prinsip ini bukanlah perundangan tetapi ditentukan oleh nilai dan pegangan masyarakat setempat. Contohnya, pelabelan kandungan nutrisi makanan yang dijual dengan hasrat untuk mendidik masyarakat tentang kesan pengambilan makanan dari segi kesihatan dan kemudaratannya walaupun tidak dituntut oleh keperluan undang-undang. |
mime | mimos | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan. |