kinetic poem | sajak kinetik | Kesusasteraan | Tiada | Sajak yang memperlihatkan pergerakan melalui kata atau huruf yang disusun sedemikian rupa sehingga mencapai pola visual. Contohnya dalam sajak �Debu� karya Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Lihat juga puisi pola. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |
ruba�i | ruba�i | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. |