Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bunganya), mengkulah, mengkulang, Mimo­sops elengi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : nama sj pohon atau bunganya (bunganya berwarna putih dan berbau harum), Mimosops elengi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga tanjung

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Ambil dibubuh dalam puan;
Rumah saya tuan tak mahu pergi,
     Boleh kita jumpa di jalan.


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga tanjungbunga tanjungKesenianTiada1. Motif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga tanjung.
kelarai bunga tanjungkelarai bunga tanjungKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga tanjung.
undulateberalunHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang berombak. Contohnya, daun kenanga (Cananga odorata) dan daun bunga tanjung (Mimosups elengi).
Mimosops elengitanjungHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sapotaceae yang dikenali juga sebagai mengkular atau bunga tanjung. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan tumbuh liar di kawasan tanah pamah atau ditanam sebagai perhiasan dan teduhan. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan tepinya beralun. Bunganya kecil, tumbuh tunggal atau dalam jambak yang kecil. Kelopak bunga berwarna putih dan berbau wangi. Akarnya digunakan sebagai ramuan tonik herba. Biji dan bunganya dilumatkan dan ditelan untuk merawat sembelit dan cirit-birit. Air rebusan daun diminum untuk merawat sakit kepala. Asap daun yang dibakar, dihidu untuk merawat resdung dan asma. Air rebusan kulit batang dibuat kumur untuk menguatkan gigi dan gusi, merawat sakit kerongkong, demam panas dan cirit-birit. Serbuk kulit boleh digunakan untuk merawat penyakit reumatik. Kulit yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat kulit yang gatal dan jerawat. Bunganya boleh dibuat hiasan kepala atau pewangi di dalam almari. Minyak pati bunganya boleh dibuat minyak peli
asliasliMuzikTiada

 Lagu dan tarian sinkretik Melayu yang bertempo lambat, bermeter kuadrupel dan berentak lapan bit. Lagu asli mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B, Bahagian A ialah pembayang pantun dan Bahagian B  ialah maksud pantun. Alat muzik termasuk biola, akordian, xebana dan gong. dian, xebana dan gong, Contoh lagu asli ialah Seri Mersing dan Bunga Tanjung. Lagu asli dimainkan dalam persembahan ron


Kembali ke atas