festoon | hiasan berangkai | Kesenian | Seni Bina | Hiasan yang dibuat dalam bentuk kalungan bunga-bungaan, daun-daun atau reben yang digantung secara melengkung di antara dua titik hujung. Contohnya, hiasan berangkai bunga-bungaan yang diletakkan di bahagian atas dinding atau pintu gerbang akan menjadikan pintu masuk sesebuah bangunan itu kelihatan lebih menarik. |
green house production | pengeluaran rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Pengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk. |
horticulture | hortikultur | Pertanian | Agroteknologi | 1. Sains atau seni penanaman pokok hiasan, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran secara saintifik. 2. Pembiakan dan penanaman pokok untuk mengeluarkan hasil hiasan. |
Keris Ganja Rawan | Keris Ganja Rawan | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai ganja berkerawang bunga-bungaan. |
corak bertabur | corak bertabur | Kesenian | Tiada | Corak tembikar berunsur geometri berbentuk pelbagai motif seperti bunga-bungaan yang memenuhi ruang. |
floriculture | florikultur | Pertanian | Agroteknologi | Bidang kajian yang berkaitan dengan tanaman bunga-bungaan untuk hiasan, sama ada yang dipotong untuk gubahan jambak bunga atau bunga hidup yang menyerikan taman dan landskap. Florikultur merupakan suatu bidang hortikultur yang tinggi nilai ekonominya kerana permintaan yang tinggi bagi keperluan di majlis-majlis perkahwinan, hotel dan pejabat. Jenis bunga-bungaan yang sesuai untuk tujuan ini termasuklah orkid, kekwa dan mawar. Bunga hiasan untuk landskap seperti alamanda, helikonia dan tulip pula digunakan secara meluas untuk menyerikan kawasan-kawasan bandar, rumah dan taman. Penyelidik dalam bidang ini juga sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk membiakkan dan menghasilkan bunga, serta cara untuk memelihara bunga di taman. |
commercial horticulture | hortikultur komersial | Pertanian | Agroteknologi | Perusahaan menanam tanaman hortikultur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan bagi tujuan pemasaran. Perusahaan ini termasuk juga penamanan tanaman di dalam persekitaran terkawal seperti di rumah kaca dan rumah teduhan plastik. Perusahaan ini dilakukan secara intensif dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Selain itu, perusahaan semaian untuk menghasilkan benih tanaman dan hasil bahan tanaman kepada pengguna juga termasuk dalam aktiviti hortikultur komersial. |
post-harvest handling | pengendalian pascatuai | Pertanian | Agronomi | Aktiviti pengurusan hasil tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan bunga-bungaan selepas hasil dituai. Contohnya, hasil tanaman dibersihkan, diasingkan mengikut gred, dibungkus, dilabel dan disimpan dalam suhu yang sesuai sebelum dipasarkan. |
horticulturist | ahli hortikultur | Pertanian | Agroteknologi | Orang yang pakar dalam bidang pertanian, khususnya yang memberikan tumpuan kepada tanaman intensif seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ahli hortikultur perlu memiliki kemahiran dalam pelbagai aspek seperti mengenal pasti kaedah pembiakan, penanaman dan pemeliharaan tanaman yang dapat meningkatkan hasil keluaran. Selain itu, aspek-aspek lain seperti memastikan mutu tanaman, biji benih dan aspek pemasaran juga termasuk dalam bidang kepakaran ahli hortikultur. |
nabam | nabam | Biologi | Patologi | Nama am fungisid organik dalam perumusan debu berwarna cerah yang digunakan untuk mengawal banyak jenis penyakit daun, buah-buahan dan bunga-bungaan, terutamanya yang disebabkan oleh patogen bawaan tanah. Nama kimianya ialah dinatrium etilena-bis-ditiokarbamat. |