Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati.

 

Lihat selanjutnya...(9)

85

You can catch more flies with honey than with vinegar

Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu)

Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas

If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar.

Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
XT (cross talk)XT (cakap silang)Teknologi MaklumatTiadaKeadaan yang menyebabkan seseorang dapat mendengar melalui telefon perbualan telefon orang lain.
crosstalkcakap silangTeknologi MaklumatTiadaKeadaan bila isyarat atau bunyi yang tidak sepatutnya kedengaran di dalam telefon atau alat komunikasi. Keadaan ini disebabkan oleh penggandingan konduktif, induktif atau kapasitans yang tidak diingini dari satu litar ke litar yang lain atau saluran ke saluran yang lain. Contohnya apabila kedengaran perbualan antara dua orang asing dalam talian telefon kita yang kedua-duanya tidak didail.

Kembali ke atas