haris bina’ | penjaga binaan/bangunan | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa mengawasi, mengurus dan melaksanakan suatu tindakan terhadap sesebuah bangunan yang dimiliki ataupun di bawah pengawasannya. Contohnya, kontraktor binaan, pengawal bangunan, pemegang gadaian (murtahin) dan penyewa bangunan (muntafi‘). Sinonim haris bunyan, haris mabna. |
haris | penjaga | Perniagaan Islam | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa mengawasi, mengurus dan melaksanakan suatu tindakan. Haris ialah pemegang amanah bagi penjagaan yang tidak mensyaratkan ganjaran. Contohnya, meminta rakan menjaga barangan untuk sementara waktu. Sekiranya disyaratkan ganjaran atau upah, haris bertanggungjawab menggantikan barangan yang rosak atau hilang seperti pada kes bank yang menawarkan khidmat peti simpanan keselamatan dengan dikenakan bayaran. |
haris bunyan | penjaga bangunan | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat haris bina’. |
haris mabna | penjaga bangunan | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat haris bina’. |