Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata carl


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
household talecerita nenekKesusasteraanTiadaCerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�.
client centered theoryteori berpusatkan klienPendidikanTiadaPsikoterapi yang diasaskan oleh Carl Rogers yang dilakukan berdasarkan penerimaan klien tanpa bersyarat dan lebih menumpukan kepada sumber psikik klien agar dapat menyelesaikan masalahnya.
analytical psychologypsikologi analisisPerubatanTiadaAliran atau mazhab psikoanalisis yang diasaskan oleh Carl Jung.
archetypearketaipKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Istilah ini dipinjam daripada teori arketaip Carl Jung dalam bidang psikologi yang menekankan unsur pengalaman bawah sedar masyarakat secara kolektif yang diwarisi dari zaman ke zaman.
Jungian criticismkritikan JungKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji aspek bawah sedar kolektif manusia yang terakam dalam karya sastera. Kritikan ini bersandarkan teori psikologi Carl Jung. Menurut Jung, bawah sedar manusia terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, bahagian peribadi yang mengandungi perkara yang ditebatkan kermasuklah maklumat tentang kehidupan individu yang dilupakan. Kedua, bahagian arketaip yang mengandungi maklumat terkumpul dan dikongsi bersama dengan manusia sejagat atau sesuatu kumpulan budaya tertentu. Kritikan Jung juga dikenali dengan kritikan arketaip dan kritikan mitos. Lihat juga kritikan arketaip, kritikan mitos.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan stan
psychoanalytic criticismkritikan psikoanalitikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam m
coincidence of oppositespengaburan sempadanKesusasteraanTiadaSempadan yang dikaburkan dalam karya mitos, dongeng, fantasi, fiksyen sains dan sebagainya. Pengaburan berlaku terhadap unsur-unsur yang bertentangan dalam karya tersebut. Contohnya, sempadan antara makhluk yang bernyawa dengan benda yang tidak bernyawa, antara yang hidup dengan yang mati telah dikaburkan. Istilah ini digunakan oleh Carl Jung untuk merujuk kepada pengaburan sempadan seperti yang dinyatakan. Pengaburan sempadan boleh dilihat dalam novel berjudul Sumpah Tujuh Keturunan oleh gabriel Marquez dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said.
humanistic psychologypsikologi kemanusiaanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan kepada pertumbuhan diri, pengawalan diri dan pencapaian potensi diri serta masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Bidang ini menekankan kepentingan konsep kehendak diri yang bebas untuk memilih hidup secara kreatif, bermakna atau selamat tanpa dikawal oleh kuasa luar seperti pembelajaran terlazim atau pengalaman tanpa sedar. Bidang ini juga biasanya mengkaji peranan keperluan kasih sayang, pencapaian harga diri, kreativiti dan kerohanian. Keperluan-keperluan ini membolehkan individu mendapat kesejahteraan yang tinggi dalam aspek psikobiososialnya. Ahli psikologi yang mengembangkan bidang ini antaranya ialah Abraham Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang di

Kembali ke atas