braided chestnut (Castanopsis inermis) | berangan (Castanopsis inermis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
berangan | berangan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama paiwai bagi kayu Castanopsis spp. daripada famili Fagaceae. Spesies utama kayu ini termasuk Castanopsis curtisii, C. dispersipina, C. inermis, C. malaccensis, C. motleyana, dan C. shefferiana. Gubal kayu berangan berwarna coklat muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat tua atau coklat merah. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata akibat taburan vesel yang tidak seragam. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 975 kg/m3, dan tegolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu berangan mudah dikerjakan tetapi lambat mengering, tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk kerja-kerja binaan sederhana dan berat, perabot, dan kotak pembungkus. |