Sumatra disease | penyakit Sumatra | Biologi | Patologi | Penyakit pada pokok cengkeh (Syzygium aromaticum) yang disebabkan oleh bakteria, yang dikenal pasti buat sementara waktu sebagai Pseudomonas syzygi. Penyakit ini mula-mula sekali ditemui di Sumatra. Gejalanya beragam, tetapi yang utama ialah layu, dan mati yang mula-mula nampak dari bahagian atas pohon dan berkembang ke bawah hingga ke seluruh pohon. Perkembangan penyakit dari pohon ke pohon berlaku dengan cepat dalam kawasan yang luas kerana ia ditularkan oleh serangga. |
aromatic tincture | tinktur aromatik | Kimia | Tiada | Larutan etanol daripada kulit kayu manis, bunga cengkeh atau lengkuas. |
eugenol | eugenol | Kimia | Tiada | Cecair berminyak tanpa warna yang diekstrak daripada minyak cengkih; formula C10H12O2, takat lebur 9.2oC, takat didih 255oC. Berguna dalam pergigian sebagai anestetik setempat dan antiseptik, dan dalam pewangi dan juga sebagai pengganti minyak cengkeh. |