Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n (US) see CENTRE. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata center


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
center of gravitypusatan gravitiSukanTiadaTiada
center shaftedpusatan syafSukanTiadaTiada
center pivotpivot pusatPertanianAgroteknologiSejenis sistem perenjis tanaman yang biasa digunakan dalam pertanian berskala besar yang mengalami masalah kekurangan air. Melalui sistem ini, air disalurkan ke kawasan tanaman dengan menggunakan saluran paip tunggal yang disokong pada menara yang boleh bergerak di kawasan ladang. Semburan daripada menara ini boleh berputar sehingga 360 darjah di sekeliling menara itu. Alat ini boleh menyalurkan air ke kawasan tanaman dengan keluasan sehingga 80 hektar. Penggunaannya sangat popular kerana ia mengurangkan kos upah buruh. Hal ini demikian kerana seorang pekerja boleh menguruskan operasi beberapa buah peralatan ini, iaitu merangkumi 200 hektar.
center of mass coordinate systemsistem koordinat pusat jisimFizikModenRangka rujukan yang bergerak dengan halaju pusat jisim, dan oleh sebab itu, pusat jisim berada dalam keadaan tak bergerak dan jumlah momentum adalah sifar.
center of pressurepusat tekananKejuruteraanPetroleumTitik pada derik tempat semua daya tekanan yang diakibatkan oleh tumpuan angin bertindak semasa derik dalam keadaan tegak.
center panelpanel tengahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPanel yang dipasang dengan komponen lain.
center of consciousnesspusat kesedaranKesusasteraanTiadaCiri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian.
center of gravitypusat gravitiSains SukanBiomekanikPusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut.
center of percussionpusat tukulanSains SukanBiomekanikTitik rujukan pada peralatan sukan yang panjang seperti raket, pedang, bet atau lembing. Pada titik ini, semua daya dineutralkan dari satu paksi pergerakan. Contohnya, dalam acara tenis, jika bola dipukul pada titik ini, maka ia memberikan kesan tekanan awal yang minimum pada tangan pemain. Hal ini disebabkan tangan tidak perlu menahan daya yang menyebabkan gerakan translasi tetapi hanya perlu menahan daya yang menyebabkan putaran raket. Kesan yang dapat dirasai oleh tangan adalah lebih ringan dan selesa.
National Computer Security Center (NCSCpusat sekuriti komputer kebangsaan (NCSC)Teknologi MaklumatTiadaOrganisasi kerajaan Amerika Syarikat dalam NSA (National Security Agency) yang menilai peralatan yang digunakan untuk aplikasi sekuriti tinggi. Ini bertujuan untuk menentukan supaya kemudahan pemprosesan bahan-bahan sulit atau maklumat sensitif menggunakan sistem komputer dan alat-alat yang boleh dipercayai. NCSC telah ditubuhkan pada tahun 1981 sebagai Department of Defense Computer Security Center dan telah menukar namanya pada tahun 1985.
1234567

Kembali ke atas