Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ in, a. interrupt, mencelah, menyampuk, menyela: “I agree,” he ~d in, “saya setuju,” dia mencelah; b. harmonise, selaras: his plans ~ in with ours, rancangannya selaras dgn rancangan kita. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. sound, membunyikan: the bells ~d a tune, loceng itu membunyikan lagu; 2. make known (time) by ringing, berbunyi menandakan: the clock ~d midnight, jam berbunyi menandakan waktu tengah malam; the clock ~d one, jam berbunyi menandakan pukul satu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi berbunyi: the church bells are chiming, loceng-loceng gereja sedang berbunyi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. set of tuned bells, /set, peranggu/ loceng: door ~, peranggu loceng pintu; 2. note(s) produced by bell, bunyi (loceng): the ~ of the clock, bunyi loceng jam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chime


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chimechimeKesenianTiada1. Satu perunggu loceng bertala. 2.Bunyi loceng berharmoni.
gong chimegong chimeMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idio­fon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Gong chime terdiri daripada beberapa buah gong kecil ber­busut yang ditiunkan dalam skel pentatonik atau skel tertentu. Set gong kecil ini diletakkan secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunakan sepasang pemukul kayu. Lihat juga caklempong, canang, engkerumong, kulintangan, mong.

chime bellschime bellsKesenianTiadaLoceng kecil berbentuk seakan-akan simbal.
kulintangkulintangMuzikTiada

 Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensem­bel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang.

door chimeperanggu loceng pintuSosiologiTiadaAlat seperti loceng pintu yang boleh mengeluarkan bunyi berirama.
khong wong lekkhong wong lekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan se­bagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemu­kul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat.

pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

bonang panerusbonang panerusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang panerus merupakan satu set gong kecil yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai re­gister tinggi dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu.

bonang barungbonang barungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Indonesia yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Bonang barung merupakan satu set gong kecil yang berbusut (gong chime) yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini mempunyai register sederhana dan dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu.

khong wong yaikhong wong yaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic rendah. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong yai memainkan melodi asas dalam ensembel mahori dan pi phat.

12

Kembali ke atas