Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan seĀ­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. mengĀ­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita I

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political willkemahuan politikSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik.
ambitioncita-citaPendidikanTiadaTiada
idealistidealisKesusasteraanTiadaOrang yang mempunyai fikiran atau cita-cita tinggi atau berpegang pada doktrin atau fahaman idealisme.
theory Yteori YPentadbiranTiadaTeori ini menganggap manusia memang rajin dan mempunyai potensi dan cita-cita dalam sesuatu pekerjaan atau tanggungjawab.
public tastecita rasa awamKesenianTiadaCita rasa kolektif masyarakat terhadap seni yang dibezakan daripada cita rasa peribadi yang unik.
symbollambangKesusasteraanPuisiPerkataan atau ungkapan yang membawa maksud lain daripada yang tertulis. Contohnya, gunung melambangkan cita-cita besar dan tinggi, ombak melambangkan cabaran atau dugaan hidup dan sebagainya. Sinonim simbol.
global tastecita rasa sejagat/cita rasa globalKomunikasiTiadaTiada
global tastecita rasa sejagat/ cita rasa globalKomunikasiTiadaTiada
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
tastecita rasaEkonomiTiadaKegemaran pengguna yang merupakan faktor penting yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Perubahan cita rasa boleh mengubah kedudukan keluk permintaan.
1234567

Kembali ke atas