imagery | citraan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan keseluruhan penyampaian idea dan imaginasi melalui penggunaan perkataan, ungkapan atau ayat. |
auditory imagery | citraan dengaran | Kesusasteraan | Puisi | Kesan keseluruhan pada pendengaran yang menimbulkan kesatuan perasaan daripada penggunaan perkataan. Contohnya, kata-kata seperti ombak, ribut, guruh yang biasanya menimbulkan kebimbangan atau ketakutan. |
intellectual imagery | citraan intelektual | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran keintelektualan seseorang tokoh sama ada sasterawan negara mahupun budayawan, dan lain-lain terutama yang berhubung dengan pemikiran dan pandangan falsafahnya. Umpamanya pemikiran intelektual Muhammad Iqbal sering dicitrakan dalam bentuk puisi. |
imitation | peniruan | Kesusasteraan | Puisi | Proses penciptaan puisi yang mencitrakan sesuatu imej berhubung dengan alam atau sesuatu objek. Ini bermakna setiap citraan yang dapat dikesan oleh pembaca dalam sesuatu diksi, rangkai kata ataupun ayat itu ada rujukan atau hipogramnya yang sebenar, bukannya semata-mata ilusinya. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Kampung Talang" ataupun "Balada Gadis Tani". Walau bagaimanapun citraan yang berupa tiruan alam dalam puisi "Kampung Talang" itu bukanlah benar� benar sama dengan segala yang ada di kampung itu. |