muscarinic antagonist | antagonis muskarinik | Farmasi | Farmakologi | Agen yang boleh mengurangkan aktiviti reseptor muskarinik dengan menghalang pengikatan asetilkolina dan seterusnya menghalang pengaktifan reseptor tersebut. Contoh agen ini ialah atropina, skopolamina, propantelina dan pirenzepina. Kesan daripada pengikatan agen ini pada reseptor muskarinik akan menyebab.kan pengurangan atau penyekatan aktivitiaktiviti muskarinik seperti pendilatan pupil (pengembangan anak mata). Lihat juga reseptor muskarinik. |
antifibrinolitic | antifibrinolisis | Farmasi | Farmakologi | 1. Berk.aitan dengan merencat atau menghalang fibrinolisis atau mengurangkan penguraian fibrin. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan. |
antifilarial | antlfllaria | Farmasi | Farmakologi | 1.Berkaitan dengan memusnabkan atau membunuh filaria. Filaria ialah sejenis cacing daripada famili Filariidae yang hidup dalam darah dan tisu haiwan vertebrat yang mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleb serangga seperti nyamuk. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan. |
sympathomimetic | simpatomimetik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan memimik kesan impuls yang dihantar oleh gentian postganglion adrenergik dalam sistem saraf simpatetik. Simpatomimetik juga merujuk kepada penghasilan kesan fisiologi menyerupai kesan-kesan yang disebabkan oleh aktiviti atau rangsangan sistem saraf simpatetik. 2. Agen yang menyebab.kan kesan fisiologi yang serupa dengan kesan yang terhasil apabila impuls dihantar oleh gentian postganglion ad:renergik dalam sistem saraf simpatetik atau apabila sistem saraf simpatetik menerima rangsangan.Ageninimerangsang pelepasan dan tindakan epinefrina. Contoh agen ini ialah siklopentamina, dopamina, isoproterenol,nafazolina dan tetrahidrozolina. Kesan buruk agen ini antaranya ialah sakit kepala yang teruk, resah, muntah dan glikosuria. |
script virus | virus skrip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa. |
classical music | muzik klasik | Muzik | Tiada | 1. Muzik istana dan golongan kelas atasan dalam muzik bukan Barat. Pemain dilatih mengikut jadual yang teratur dan tersusun. Muzik klasik dinaungi oleh golongan istana dan biasanya wujud sistem notasi. Contoh muzik klasik ialah joget gamelan, gamelan Jawa dan muzik Hindustani India Utara.
| qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam |