hendecasyllabic | sebelas suku | Kesusasteraan | Puisi | Baris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang |
line of thrust | garis tujah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Garis bagi titik-titik yang dilalui oleh paduan daya yang bertin dak pada tembok panahan. |
Neel temperature | suhu Neel | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Suhu yang menjadi ciri bagi logam, aloi dan garam tertentu. Ketertiban magnet dak selari spontan akan berlaku di bawah suhu tersebut dan bahan menjadi antiferomagnet; dan di atas suhu tersebut bahan menjadi paramagnet. |
folk music | muzik rakyat | Muzik | Tiada | Muzik masyarakat desa dan rakyat jelata. Muzik rakyat tidak bemotasi dan diperturunkan secara lisan melalui kaedah peniraan. Contohnya, wayang kulit Kelantan, kulintangan di Sabah dan wa di Sarawak. |
legato | legato | Muzik | Tiada | Arahan supaya pemuzik bermain secara bersambung dan tidak terputus-putus antara satu not dengan not yang seterusnya. |
alap | alap | Muzik | Tiada | Melodi tidak bermeter yang diimprovisasikan pada permulaan muzik klasik Hindustani di India Utara. Alap menunjukkan struktur dan perasaan raga. Alap dimainkan oleh alat melodi seperti sitar sebelum komposisi lagu bermula dan tidak diiringi alat dram. Di India Selatan, alap dikenali juga sebagai alapana. Alap dimainkan dalam alat melodi seperti vina. |
decasyllabic | dasasuku | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan dalam setiap baris pada sesebuah puisi itu mengandungi sepuluh suku kata. Contohnya, pada baris pantun di bawah. Le/bah ter/be/bar ter/bang se/ka/wan, 12345678910 Hing/gap di/ce/lah ka/yu ber/du/ri; 12345678910 A/lang/kah ca/bar ru/pa/nya tu/an, 12345678910 Da/ga/ngan in/dah ti/dak ter/be/li. 12345678910 |
aleatory music/indeterminacy/chance music | muzik aleatori | Muzik | Tiada | Gaya muzik abad ke-20. Kandungan muzik karya jenis ini tidak boleh diramalkan sebelum persembahan. Muzik aleatori juga merujuk kepada muzik yang dihasilkan melalui cara kebarangkalian kerana susunan bahan dan keratan muzik bergantung pada hasil daripada lemparan buah dadu. Mosaic Quartet (1935) oleh H. Cowell merupakan sebuah karya dalam gaya aleatori. |