Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.lih] | داليه

Definisi : alasan (jawaban) yg diberikan utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya; berdalih memberi alasan atau helah (utk me­nyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apa­bila disoal dia cuba ~; berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-me­ngata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); mendalihkan mengemukakan (mengata­kan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi; pendalih orang yg suka berdalih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.lih] | داليه

Definisi : alasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat, ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalih

Peribahasa

637

He who wills the end, wills the mean

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleadalih; rayuan; jawapanUndang-undangTiadaTiada

Kembali ke atas