histamine | histamina | Veterinar | Praklinikal | Sejenis amina hasil pendekarboksilan histidina (C5H9N3) yang terdapat dalam tisu badan terutama sekali dalam sel masta dan basofil. Fungsi histamina ialah (i) pendilatan kapilari dengan meningkatkan ketelapannya dan menurunkan tekanan darah (ii) pengecutan tisu otot licin termasuk otot licin bronkiol paru-paru (iii) pengaruhan peningkatan rembesan jus gaster dan (iv) pemacuan kadar degupan jantung. Histamina juga terlibat sebagai pengantara dalam kehiperpekaan; contohnya tindak balas alergi. Tindakan histamina ini adalah melalui reseptor sel H1 dan H2. Nama kimia: 1H-imidazola-4-etanamina. |
fibrin | fibrin | Veterinar | Praklinikal | Protein penggumpalan darah yang terhasil daripada tindakan trombin (serina protease) terhadap fibrinogen. Fibrin dikenali juga sebagai faktor II penggumpalan. |
prothrombin | protrombin | Perubatan | Tiada | Faktor II, iaitu protein yang terdapat di dalam plasma, yang ditukarkan kepada trombin dengan kehadiran tromboplastin, kalsium dan faktor V. Protrombin perlu dalam proses penggumpalan darah yang normal. |
hypoglycemic agent | agen hipoglisemik | Farmasi | Farmakologi | I.Agen sintetik yang digunakan untuk menurunkan paras glukosa darah dalam rawatan diabetes melitus jenis II.Walau bagaimanapun, agen ini tidak menyembuhkan penyakit diabetes tersebut tetapi hanya membantu mengawal simptomsimptom berkaitan penyakit itu. Oleh yang demikian, pesakit perlu mematuhi araban pengambilan agen hipoglisemik tersebut di samping mengamalkan senaman dan diet seperti yang dinasihatkan oleh pengamal perubatan. Contoh agen ini ialah sulfonilurea dan biguanida. |
angiotensin | angiotensin | Perubatan | Tiada | Polipeptida yang terbentuk daripada angiotensinogen di dalam darah akibat tindakan renin yang menghasilkan angiotensin I; seterusnya angiotensin I diaktifkan oleh enzim pengubah angiotensin (EPA) untuk menghasilkan angiotensin II yang merupakan agen vasopresor dan perangsang perembesan aldosteron dari kelenjar adrenal. |
oral hypoglycemic agent | agen hipoglisemik oral | Farmasi | Farmakologi | Agen sintetik yang diberi secara oral untuk menurunkan paras glukosa darah dalam rawatan diabetes melitus jenis II. Agen ini boleh dikelaskan kepada sulfonilurea seperti gliklazida, biguanida (metfomim), meglitinida (repaglinida), tiazolidinedion (rosiglitazon), perencat glukosidase alfa (akarbosa) dan perencat DPP-4 (sitagliptin). |
angiotensin-converting enzyme (ACE) | enzim penukaran angiotensin (ACE) | Veterinar | Praklinikal | Enzim yang menukar angiotensin I kepada angiotensin II yang mengawal atur isi padu dan tekanan darah. |
antihypertensive agent | agen antihipertensi | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk menurunk:an tekanan darah tinggi atau hipertensi.Agen inidikelaskan kepada penghalang terusan kalsium seperti nifedipina, vasodilator periferi seperti minoxidil, peoghalang beta adrenergik seperti propranolol, perencat enzim pengubah angiotensin II seperti losartan dan diuretik seperti tiazida. Lihat juga penghalang terusan kalsium, vasodilator, penghalang beta, perencat enzim pengubah angiotensin. |
renin-angiotensin system | sistem renin-angiotensin | Veterinar | Praklinikal | Sistem ini wujud dalam ginjal dan berperanan penting dalam mengawal atur imbangan bendalir dan elektrolit; dan tekanan darah arteri. Kesan ini terhasil daripada peningkatan kepekatan angiotensin II dalam plasma yang menyebabkan vasopencerutan; perangsangan rembesan aldosteron; dan peningkatan peresapan natrium dan air dalam ginjal. |
tin poisoning | keracunan timah | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada stanum (II) klorida (formula kimia, SnCl2), iaitu garam yang digunakan sebagai astringen, deodoran, dan antiseptik. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pedih dalam mulut dan kerongkong, rasa menjeluak, muntah, tenesmus, cirit berair atau berdarah, hemolisis, hematuria, anuria, kerosakan hati dengan demam kuning, tekanan darah rendah, pengsan, dan konvulsi. Keracunan kronik pad a kulit menyebabkan tindak balas eritematus, papular, dan granulomatus. Penemuan patologi tennasuk gastroenteritis berdarah dan kerosakan buah pinggang dan hati. Had pendedahan ialah 2 �g /L. |