pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
metafiction | metafiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya fiksyen yang menarik perhatian pembaca terhadap kewujudannya sebagai sebuah fiksyen atau cereka. Pengarang metafiksyen memberikan ulasan terbuka gtentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam karya fiksyen itu, terutamanya terhadap unsur yang memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca. Oleh itu, karya metafiksyen merujuk ke dalam karya dan bukan terhadap unsur yang terdapat di luar karya. Metafiksyen dianggap sebagai sebuah genre karya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fiksyen yang konvensional. Contohnya, karya metafiksyen terdapat dalam The French Lieutenant�s Woman oleh John Fowler dan Olenka oleh Budi Darma. Lihat juga metadrama. |