Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daunnya

Puisi
 

Siandah daunnya hijau,
     Kuintai layu tak mahu layu;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Kuintai lalu tak mahu lalu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Padi dikebat dengan daunnya.

Bermaksud :

Anak dikahwinkan dengan kemanakan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plantago majorekor anginHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba yang rendah dan kecil dalam famili Plantaginaceae, dikenali juga sebagai ekor anjing. Tumbuhan ini hidup liar terutama di kawasan yang tinggi. Daunnya tersusun berbentuk roset. Daunnya jenis ringkas dan berbentuk hampir bulat. Urat daun utama selari mengikut panjang daun dan tepi daun bergerigi krenat. Daun berwarna hijau dan bunganya kecil tersusun pada jambak spika yang panjang dan tegak. Air rebusan tumbuhan dibuat ubat disentri dan gonorea. Air rebusan daun berserta bijinya dibuat ubat demam, selesema, batuk, dropsi, cirit-birit, darah tinggi, bronkitis dan melawaskan kencing. Air rebusan tumbuhan ini berkesan untuk mengeluarkan batu karang dari pundi kencing dan merawat diabetes. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk bengkak terutamanya pada kuku. Tumbuhan ini berasa kelat dan bersifat diuretik, antihipertensi, febrifuj, anticirit-birit dan antibengkak.
Phyllantus pulchernaga buanaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai naga jumat, kelurut tanjung dan semelit patung. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya berbentuk serong, tangkai daunnya sangat pendek dan mempunyai stipul. Bunganya jenis tunggal berwarna merah. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan separa terlindung. Keseluruhan tumbuhan digunakan sebagai tuaman untuk merawat ulser hidung, bisul, bengkak bernanah, gatal, demam dan masalah ginjal pada kanak-kanak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum untuk mengubati sakit perut dan darah tinggi. Daun segar yang telah dilumatkan ditampal pada gusi untuk merawat sakit gigi.
Barleria cristataLati duriPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae. Tumbuhan jenis renik yang mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi brakta berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah brakta. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah serta dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekpektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisma, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Premna foetidabebuasHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek atau pokok kecil dalam famili Verbenaceae, yang dikenali juga sebagai singkil. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau di pinggir hutan. Keseluruhan pokok berbulu halus. Daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi krenat. Pangkal daunnya membulat atau kordat. Daunnya berbau kuat dan berasa pedas. Pucuk yang dicelur boleh dimakan untuk mengatasi masalah angin. Air rebusan daun diminum untuk merawat kecacingan. Pucuknya boleh dibuat sayur dan sebagai perasa masakan.
Barleria cristatalati duriHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Acanthaceae dan mempunyai duri pada batang. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips-ovat dengan tulang daunnya berwarna merah. Jambak bunganya mengandungi braktea berwarna hijau. Bunganya berwarna kuning terbit di celah braktea. Batang, akar dan daunnya mengandungi polifenol. Batang juga mengandungi kalsium oksalat, asid formik, saponin dan flavonoid. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan terbiar, ladang getah dan dusun. Jus daun atau akar digunakan sebagai diaforetik dan ekspektoran. Air seduhan daun dan akar digunakan secara luaran untuk mengubati luka, bengkak, bisul, reumatisme, gigitan serangga dan ular. Bunga yang telah dilumatkan digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Acanthus ebracteatusjeruju hitamHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunganya berwarna putih dan biru di tengah. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi empat biji. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam panas yang kronik, dan air rebusan akar dan batangnya juga digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan bijinya diminum atau bijinya yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, merawat bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Bijinya yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daunnya digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, rawatan ibu selepas bersalin dan tonik rambut. Air rebusan daunnya diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan ini boleh digunakan untuk menghasilkan sabun.
Orthosiphon stamineusmisai kucingHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Acanthaceae jenis renek dan batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk ovat dengan tepi daunnya berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, ortosifonin, saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba, manakala seduhan daun pula diminum untuk merawat kencing manis, batu karang dalam buah pinggang dan darah tinggi.
aponogetonaponogetonPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan tidak berbatang yang akarnya berada di dasar air. Daunnya berbentuk bujur panjang dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Daunnya tumbuh bermula dari dasar tanah dan mempunyai hanya 5 – 6 helai daun. Bunga pokok ini berbentuk seperti kepala itik dan tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Tumbuhan ini dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Jenis-jenis aponogeton, termasuklah Aponogeton boivinianus, Aponogeton capuroni, Aponogeton crispus dan Aponogeton elongatus.
humidicola grassrumput humidikolaVeterinarTiadaRumput saka yang berstolon dengan daunnya berbentuk lanseolat, kurang berbulu, rimbun dan sangat sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah berpasir. Daunnya juga leper, berwarna hijau cerah dan menjulur tegap sehingga 5-6 cm lebar dan kira-kira 12-25 cm panjang. Rumput ini tahan terhadap pemotongan yang kerap dan menghasilkan bahan kering yang tinggi antara 11-18 tan/hektar. Kandungan protein kasarnya pula ialah sebanyak 9-11%. Rumput ini boleh diberi kepada ternakan ruminan kecil tanpa menyebabkan fotosensitiviti. Rumput ini juga boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih dan secara tampang serta sesuai dipotong pada setiap 4-6 minggu. Nama saintifik: Brachiaria humidicola.
Acanthus ebracteatusJeruju hitamPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunga berwarna putih dan biru di tengah. Buah jenis kapsul mengandungi empat biji. Tumbuhan ini jenis herba. Air rebusan akar digunakan untuk merawat demam panas yang kronik dan bersama batang digunakan juga untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan biji diminum atau biji yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Biji yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daun digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, wanita selepas bersalin, tonik rambut. Air rebusan daun diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun.
12345678910...

Kembali ke atas