Beaufort scale | skala Beaufort | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Skala daya angin yang asalnya berdasarkan keadaan laut, dan dinyatakan dalam angka dari 0 hingga 12. Lihat Lampiran II. |
law of motion | hukum gerakan | Matematik | Tiada | Hukum yang merujuk tiga hukum gerakan Newton yang menegaskan bahawa: i. Setiap jasad kekal dalam keadaannya yang tenat dalam keadaannya yang bergerak secara sekata dalam garis yang lurus, melainkan jika dipaksa menukarkan keadaan itu oleh daya yang dikenakan terhadapnya. ii. Pecutan adalah berkadar langsung dengan daya tetapi berkadar songsang dengan jisim jasad, dan berlaku dalam arah garis lurus daya tindak. iii. Kepada setiap tindakan sentiasa terdapat tindak balas yang sama tetapi berlawanan. |
epinephrine | epinefrina | Veterinar | Praklinikal | Hormon katekolamin yang dirembeskan oleh medula adrenal. Hormon ini meningkatkan kadar dan daya pengecutan otot jantung melalui reseptor beta. Epinefrina bersama norepinefrina bertindak terhadap beberapa organ penting seperti yang berikut (i) membantu dalam pengudaraan pulmonari dengan mengembangkan bronkiol paru-paru (ii) merangsang lipolisis dalam sel lemak bagi membekalkan asid lemak untuk penghasilan tenaga dalam kebanyakan tisu (iii) meningkatkan kadar metabolisme (iv) pembesaran pupil terutama sekali dalam keadaan kurang cahaya; dan (v) perencatan proses tidak perlu seperti merencat rembesan gastrousus. |
regional association | kesatuan wilayah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sebuah badan dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang dianggotai negara-negara yang terletak di dalam suatu wilah geografi yang luas, seperti benua. Badan ini mengawal pelbagai peraturan meteorologi di wilayah tersebut. Terdapat enam kesatuan wilayah, iaitu Afrika, RA I; Asia, RA II; Amerika Selatan, RA III; Amerika Utara dan Tengah, RA IV; Pasifik Barat Daya, RA V; dan Eropah, RA VI. |