invention | rekaan | Kesusasteraan | Tiada | Rekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot. |
constructive play | permainan membina | Sosiologi | Tiada | Permainan yang boleh merangsang pembinaan daya kreatif seseorang. |
artificial design | reka bentuk buatan | Landskap | Tiada | Reka bentuk yang lebih memberi tumpuan kepada daya kreatif manusia serta menggunakan bahan buatan. Contohnya, reka bentuk taman formal. |
nominal group technique | teknik kumpulan nominal | Pentadbiran | Tiada | Teknik penyelesaian kerja berkumpulan yang digunakan untuk menerangkan interaksi peribadi supaya dapat menggalakkan daya kreatif, dan juga mengurangkan tekanan terhadap pengukuran. |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar merek |
borrowed interest | daya tarikan tumpang | Komunikasi | Korporat | Kaedah menggunakan daya tarikan pada sesuatu subjek lain sebagai tumpangan bagi menyediakan strategi kreatif pengiklanan. Strategi tersebut digunakan untuk menguasai perhatian khalayak dan menghasilkan rasa seronok atau menyukai sesuatu subjek setelah terdedah kepada pengiklanan berkenaan. Contoh subjek yang mempunyai daya tarikan semula jadi ialah kanak-kanak,binatang kesayangan, wanita panorama, dan makanan. Penggunaan subjek ini boleh menimbulkan rasa sayang, simpati, dan empati. Subjek ini boleh menjadi lambang yang membawa nilai yang sesuai dengan barangan yang diiklankan dan falsafah syarikat. Prinsip yang sama diguna pakai apabila menggunakan daya tarikan yang terdapat pada individu yang terkenal dan popular. |
creative | daya cipta | Komunikasi | Tiada | Lihat: kreatif. |
creative criticism | kritikan kreatif | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan yang menghasilkan daya fikiran yang baik. |
new journalism | jurnalisme baru | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak |
personality | personaliti | Psikologi | Psikologi Umum | Pola tingkah laku, pemikiran dan emosi individu yang unik dan biasanya agak stabil merentasi masa. Konsep ini juga dikatakan sebagai satu gabungan khusus bakat, nilai, harapan, emosi dan tabiat yang menjadikan seseorang individu unik berbanding orang lain. Beberapa terminologi atau teori digunakan untuk menjelaskan personaliti seperti trait yang mewakili kualiti tertentu individu yang stabil dalam kebanyakan situasi. Contohnya, trait imiginatif yang tinggi dalam kalangan individu biasanya akan memperlihatkan sifat-sifat seperti kreatif, inovatif, bijak dan mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Menurut teori pembelajaran sosial pula, individu boleh berbeza antara satu sama lain mengikut proses sosialisasi, jangkaan dan proses mental mereka. |