boat deck | geladak bot | Pelayaran | Tiada | Dek separa di atas dek utama yang dipasang dengan davit bot. |
bridge deck | geladak anjungan | Pelayaran | Tiada | Dek separa di atas dek utama. |
decking | bina dek | Landskap | Tiada | Aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dek termasuklah mendirikan tiang, menyusun papan lantai dan sebagainya. |
deck detail | rincian dek | Landskap | Tiada | Lakaran yang menunjukkan secara terperinci bahagian dan ukuran dek. |
deck watch/deck clock | jam dek | Matematik | Tiada | Jam yang digunakan untuk menentukan waktu cerap yang diambil dari dek kapal laut, yang dibandingkan dengan kronometer sebelum dan sesudah mencerap bagi mengelakkan gangguan kronometer. |
grade-level deck | dek aras tanah | Landskap | Tiada | Pelantar yang mempunyai lantai yang sama paras dengan permukaan lahan atau tanah. Contohnya, dek yang dibina sama paras dengan lantai rumah. |
deck-chair | kerusi dek | Landskap | Tiada | Kerusi yang diperbuat daripada plastik atau kanvas dan tahan cuaca. Kerusi ini digunakan di atas dek untuk bersantai. |
deck landscape | landskap dek | Landskap | Tiada | Landskap yang menghiasi pelantar di sesebuah kediaman dengan cara menanam pokok dalam bekas di sekitar dek. |
deck watch error/deck clock error | ralat jam dek | Matematik | Tiada | Ralat waktu cerap yang diambil dari dek kapal laut. |
hand tailing | tangkap ekor | Perikanan | Tiada | Kaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek. |