Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.mi] | دمي

Definisi : 1. sebaik sahaja (didengar, dilihat, dll), pd ketika: dia jatuh pengsan ~ didengarnya berita kemalangan yg menimpa anaknya; 2. dengan, atas (nama Tuhan dll, diucapkan sewaktu bersumpah, berikrar, dsb): ~ Allah, saya berkata benar; 3. kerana, untuk: ~ kepentingan dan kebajikan rakyat, maka ber­bagai-bagai rancangan pembangunan yg besar dijalankan; 4. yg satu (seorang) mengikuti yg lain, lepas (satu atau seorang diikuti pula oleh yg lainnya); dilihat dan ditiliknya gambar itu, satu ~ satu; berdemi; ~ Allah bersumpah dgn (atas) nama Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.mi] | دمي

Definisi : 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demi

Puisi
 

Pandai mengalah meniti batang,
     Raja Panji turun berkuda;
Demi jauh tuan datang,
     Menuntut janji dari semula.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

195

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan jerat di tempat genting

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan jerat di tempat genting dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
composegubahPerpustakaanTiada1. Menyediakan komposisi bahan bercetak dengan menentukan dan mengeset huruf demi huruf, baris demi baris dan halaman demi halaman.
demi-glacedemi-glasPentadbiran PerniagaanTiadaSos daripada sos perang dan kaldu perang yang dididihkan sehingga pekat.
demi-glacedemi-glasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
word-for-word translationterjemahan harfiahLinguistikTiadaPengalihbahasaan pernyataan, ungkapan dsb. kata demi kata atau bahagian demi bahagian daripada bahasa sumber tanpa menghiraukan kekhususan bahasa sasaran
demi-pensionkaedah separa tumpangPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah penginapan yang sama dengan kaedah Amerika terubah suai tetapi membolehkan tetamu memilih sama ada merarau atau makan malam dengan sarapan dan bilik.
demi-gigotlengan kaki kambing separaKesenianTiadaLengan gelembung dari kepala lengan ke siku dan sama sendat ke pergelangan tangan; dipakai pada akhir tahun 1820-an dan popular semula pada awal tahun 1890-an dan 1970-an.
demi-corsetkorset separaKesenianTiadaKorset pendek wanita pada tahun 1830-an dan 1840-an.
demi jambperisai betisKesenianTiadaPerisai logam yang dipakai pada bahagian betis oleh pahlawan dan tentera pada awal abad ke-14.
demi-relieftimbulan cangkatKesenianTiadaTimbulan yang cangkat pada ukiran batu atau kayu.
Faust themetema FaustKesusasteraanTiadaTema arketaip seseorang cendekiawan yang sanggup menerima balasan seksa neraka demi memiliki kepuasan intelektual dan kebendaan. Hal ini didasarkan kepada legenda pada kurun ke-16 yang mengesahkan seorang ahli sihir bernama Faust. Faust sanggup menggadaikan nyawanya kepada syaitan demi memperoleh pengetahuan dan kuasa. Tema ini dihidupkan dalam karya Geothe bertajuk Faust dan novel Thomas Mann berjudul Doktor Faustus.
12345678910...

Kembali ke atas