rhapsode | dendang epik | Kesusasteraan | Tiada | Di zaman Yunani tua, dendang epik bersifat penglipur lara. Pengarang dan penggubah dendang epik tidak akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengucapkan puisi epik. |
jingle | dendang | Komunikasi | Korporat | Lihat iklan irama. |
cormorant | burung dendang air | Geografi | Tiada | Tiada |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
raven's cucumber (Passiflora foetida) | letup-letup;; timun dendang (Passiflora foetida) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Passiflora foetida | letup-letup | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba kecil dalam famili Passifloraceae dan dikenali juga sebagai timun dendang. Tumbuhan ini hidup liar secara menjalar atau memanjat pokok lain di tanah terbiar atau belukar. Batangnya kecil berbulu dan mempunyai sulur paut. Daunnya nipis, berbulu dan bercuping tiga serta berbau kuat apabila diramas. Bunganya agak besar, berwarna putih berbelang ungu. Buahnya yang bulat dan kecil dibaluti kaliks berbulu. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kuning apabila masak. Daunnya digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kegatalan kulit. Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Buah yang muda agak beracun, manakala buah yang masak berasa manis dan boleh dimakan. |
video news release (VNR) | siaran berita video | Komunikasi | Korporat | Bahan penerbitan yang dihasilkan menggunakan pita video oleh pihak pengiklan untuk menyebarkan maklumat perhubungan awam melalui media elektronik. Maklumat ini boleh dalam bentuk rencana, siaran berita, dendang, dan laporan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Maklumat ini biasanya telah disunting dan dihasilkan dalam bentuk penerbitan lengkap yang tersedia untuk disiarkan. Status siaran berita video ini sama dengan siaran akhbar untuk media cetak. |
musical commercial | iklan irama | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan mengguna - kan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang. |
public service announcement | pengumuman khidmat awam | Komunikasi | Korporat | Mesej ringkas yang dihasilkan dalam bentuk filem, video atau audio untuk siaran radio, televisyen dan filem. Mesej pengumuman khidmat awam mengandungi maklumat yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan maklumat, nasihat, penjelasan, dan peringatan mengenai sesuatu yang memberikan kepentingan kepada khalayak. Sumber maklumat ini biasanya disediakan oleh pihak bertanggungjawab yang mempunyai urusan dengan aktiviti masyarakat, seperti agensi kesihatan, pendidikan, keselamatan, dan penyelia kemudahan awam. Mesej biasanya ringkas dan bersifat langsung supaya mudah difahami. Sumber mesej juga dicatatkan supaya maklumat lebih berwibawa. Mesej dibentuk dan disediakan secara kreatif dalam bentuk audiovisual untuk televisyen, dan audio untuk siaran radio. Adakalanya persembahan mesej disokong dalam bentuk dramatik, penyataan langsung, atau dendang. Pengumuman khidmat awam di televisyen boleh juga disiarkan secara gerak lintang, sama ada di bahagian bawah atau di atas skrin, atau di sudut tertentu di skrin berkenaan |
recognition test | uji kenal | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyelidikan dalam bidang pengiklanan yang bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana seseorang penonton televisyen , pendengar radio, atau pembaca akhbar mengenali atau bertindak balas terhadap sesuatu iklan yang pernah disiarkan. Uji kenal juga bertujuan untuk mengukur tahap penerimaan khalayak terhadap sesuatu iklan. Kaedah ini boleh bersifat percubaan penuh dan percubaan separa. Kajian ini biasanya dilakukan oleh syarikat atau badan penyelidikan khalayak. Penyelidikan ini dilakukan apabila terdapatnya permintaan dan keperluan daripada sesebuah syarikat. Responden kajian biasanya terdiri daripada khalayak yang terdedah kepada iklan yang disiarkan, sama ada di media massa atau papan iklan. Sesuatu iklan dianggap berjaya sekiranya dikenali oleh responden yang diuji. Tahap ujian pengenalan terhadap iklan bergantung pada unit analisis berikut, iaitu jenama, simbol, bentuk, warna, dendang, slogan, serta mesej tertentu yang hendak disampaikan. Kaedah ini diterima oleh industri pengiklanan kerana boleh men |