deoxyribonucleic acid | asid deoksiribonukleik | Biologi | Genetik | Molekul asid nukleik yang kebiasaannya berbebenang dua, berpintal membentuk heliks ganda dua, dan mengandungi tulang belakang deoksiribosa-fosfat yang diikat dengan pasangan bes purina (adenina dan guanina) dan pirimidina (timina dan sitosina). DNA mengandungi bahan genetik bagi kesemua organisma hidup dan sesetangah virus. DNA. |
deoxyribonucleic acid | asid deoksiribonukleik | Biologi | Genetik | Molekul asid nukleik yang kebiasaannya berbebenang dua, berpintal membentuk heliks ganda dua, dan mengandungi tulang belakang deoksiribosa-fosfat yang diikat dengan pasangan bes purina (adenina dan guanina) dan pirimidina (timina dan sitosina). DNA mengandungi bahan genetik bagi kesemua organisma hidup dan sesetangah virus. DNA. |
deoxyribonucleic acid | asid deoksiribonukleik | Kimia | Biokimia | Asid nukleik yang mengandungi maklumat gen dan histon, dan menjadi kromosom dalam organisma peringkat tinggi. Asid ini merupakan polinukleotida yang mempunyai gula 2-deoksi-D-ribosa dan bes-bes adenina, guanina, sitosina dan timina. |
deoxyribonucleic acid (DNA) | asid deoksiribonukleik | Perubatan | Tiada | Asid nukleik yang terdiri daripada bebenang ganda dua polinukleotida. Setiap nukleotida mengandungi gula deoksiribosa, fosfat, dan salah satu daripada empat bes bernitrogen, sama ada adenina, guanina, sitosina dan timina. Bahan ini terdapat di dalam nukleus sel dan merupakan bahan genetik bagi kebanyakan organisma. Dalam organisma peringkat tinggi bahan ini bersama-sama protein histon dan bukan histon membentuk kromosom. Dalam sesetengah organisma, bentuk DNA tunggal juga wujud. |
deoxyribonucleic acid (DNA) | asid deoksiribonukleik (DNA) | Bioteknologi | Tiada | Molekul yang berupaya bereplikasi sendiri untuk membentuk bahan pewarisan genetik yang berupa kromosom di dalam nukleus pada eukariot, dan berupa bebenang pada prokariot. DNA mengandungi gula deoksiribosa, fosfat, bes purina, dan primidina yang membentuk nukleotida yang dihubungkan oleh ikatan fosfodiester. Ikatan antara fosfat daripada satu nukleotida dengan karbon-3’ daripada nukleotida lain ini membentuk bebenang tunggal heliks. DNA berheliks ganda dua, dan disusun dalam arah antiselari yang membolehkan hujung 3’ satu bebenang dipasangkan dengan hujung 5’ bebenang yang berkomplemen. Bebenang ini kemudian dihubungkan dengan ikatan hidrogen antara bes berkomplemen. |
deoxyribonucleic acid | asid deoksiribonukleik | Sains Forensik | Tiada | Bahan genetik organisma yang berupaya bereplikasi sendiri dan wujud sebagai dua bebenang saling melengkapi dalam bentuk heliks. Empat bes kimia yang menjadi blok pembinaannya ialah adenina, sitosina, guanina dan timina. Asid deoksiribonukleik terbentuk melalui pempolimeran deoksiribonukleotida. Ahli sains forensik menguji 13 lokus DNA yang didapati berbeza antara satu individu dengan individu lain untuk menghasilkan profil DNA. Kebarangkalian dua individu yang berbeza mempunyai profil DNA yang sama adalah amat tipis dan ini menjadi asas untuk pengenalpastian DNA forensik. Singkatan DNA. |
deoxyribonucleic acid (DNA) | asid deoksiribonukleik (DNA) | Fizik | Nanoteknologi | Polimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik. |
deoxyribonucleic acid (DNA) | asid deoksiribonukleik (DNA) | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Juzuk utama kromosom yang merupakan bahan genetik utama dalam organisma. Binaan asas molekul asid deoksiribonukleik (DNA) terdiri daripada kumpulan fosfat dan gula deoksiribosa berbes, iaitu adenina (A), sitosina (C), guanina (G) dan timina (T). Bentuk DNA yang berpilin-pilin dikenali juga sebagai heliks ganda dua. |
DNA | DNA | Sains Forensik | Tiada | Singkatan bagi deoxyribonucleic acid. Lihat asid deoksiribonukleik. |