Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depannya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
printed circuit boardpapan litar tercetakKejuruteraanTiadaPapan datar yang depannya mengandung lubang alur untuk sambungan dan serpihan litar terkamir untuk berbagai-bagai komponen elektronik, dan belakangnya dicetak dengan laluan beraliran elektrik di antara komponen-komponen tersebut.
paravanepararamKejuruteraanTiadaPeranti berbentuk torpedo yang mempunyai gigi seperti gergaji di sepanjang hujung depannya, ditarik dengan tali dawai di bawah permukaan air oleh kapal untuk memotong kabel periuk api. Sinonim: beberang.
linear amplifieramplifier linearKejuruteraanTiada1. Penguat yang beroperasi pada bahagian linear bagi ciri pindah ke depannya, menyebabkan isyarat keluarannya sentiasa merupakan replika yang diperkuatkan bagi masukannya.,2. Penguat yang gandaannya adalah malar bagi julat yang besar pada perubahan amplitud isyarat masukan.,3. Penguat yang mempunyai ciri-ciri kawalan linear dan sambutan masa boleh abai dalam lebar jalur giat, memberikan julat kelajuan yang besar, dan biasanya memerlukan litaran luar minimum untuk menghalang ketakstabilan yang disebabkan oleh suap balik teranjak fasa dari beban-beban reaktif.
motion detectorpengesan gerakanSosiologiTiadaPeranti atau alat yang peka kepada sebarang gerakan yang berlaku di depannya.
service faultsbatal servisSukanTiadaKeadaan apabila bola mengenai garis servis atau bawahnya, garis pendek atau depannya, dan garis tengah atau sebelah penservis [salah petak].
ammochaetaamoketaBiologiEntomologiBulu kejur di kepala semut gurun, yang digunakan untuk membuang pasir yang melekat pada kaki depannya.
regional economyekonomi wilayahEkonomiTiadaKajian ekonomi yang menganalisis pertumbuhan dan pembangunan sesuatu kawasan geografi. Penumpuan selalunya diberi pada penyediaan garis panduan perancangan dan pembangunan wilayah, dan peranan masa depannya dalam ekonomi negara.
rebabrebabMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut yang digesek. Di Indonesia dan Malaysia, rebab terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Badan alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian depannya ditutup dengan kulit. Rebab mempunyai leher panjang tanpa fret. Di Malaysia, rebab mempunyai tiga utas tali, sementara di In­donesia, rebab mempunyai dua utas tali. Alat muzik ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan pemain dan tali digesek dengan penggesek tertentu. Rebab menghasilkan melodi dalam gamelan di Indonesia dan ensembel makyong, main puteri dan wayang kulit Melayu di Malaysia. Namun begitu, rebab yang dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia mempunyai leher pendek dan dua utas tali sahaja. Alat muzik ini juga dimainkan sebagai alat solo untuk mengiringi seni penceritaan di Malaysia, seperti tarik selampit di Kelantan.

jagmenakikKejuruteraanTiada1. Herotan yang berlaku pada salinan yang diterima dalam penghantaran faksimile disebabkan berlakunya lelap seketika pada kesegerakan di antara pengimbas dengan perakam.,2. Bahagian logam yang kasar, berduri atau mengunjur kerana penakikan di bawah atau di depannya, dengan menggunakan pahat sejuk atau pahat tukang, atau kerana penuangan.
shaped chargecas tetuangKejuruteraanPetroleumTempat menyimpan atau bekas bahan letupan yang kuat yang dimasukkan ke dalam penembak penebukaan. Biasanya berukuran relatif kecil dan terdiri daripada beberapa unsur dasar, iaitu silinder bahan letupan yang kuat dengan pelapik logam berbentuk kon di salah satu hujungnya dan alat peletus, dan penggalak di hujung yang lain. Selepas meletus, cas ini akan membebaskan aliran partikel-partikel kecil yang berhalaju tinggi. Aliran partikel-partikel ini formasi yang berada di depannya untuk membentuk lubang.
12

Kembali ke atas