State Assembly | Dewan Undangan Negeri | Geografi | Tiada | Tiada |
member of State Legislative Assembly | ahli Dewan Undangan Negeri | Undang-undang | Tiada | Tiada |
state election | pilihan raya Negeri | Undang-undang | Tiada | Pemilihan umum yang diadakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri. |
Chief Minister | Menteri Besar atau Ketua Menteri | Undang-undang | Tiada | Ketua eksekutif negeri yang dilantik atas keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri. |
Election Commission | Suruhanjaya Pilihan Raya | Undang-undang | Tiada | Badan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta menyediakan dan menyemak daftar pemilih. |
conduct of elections | perjalanan pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Cara dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bagi Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
state executive council | majIis mesyuarat negeri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing. |
Poll book | senarai pengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Senarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan. |
power sharing | perkongsian kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik. |
swing vote | undi beralih | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah. |