excommunication | pengucilan | Sejarah | Tiada | Perihal tindakan yang memencilkan seseorang daripada menyertai gereja Kristian atau diberikan pengkebumian oleh gereja sekiranya dia mati kecuali setelah dia mengaku segala dosanya serta mendapat pengampunan. |
empathic | berempati | Psikologi | Psikologi Umum | Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu. |
Islamic Fiqh Academy | Akademi Fikah Islam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris |
potassium carbonate poisoning | keracunan kalium karbonat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan kalium karbonat (formula kimia, K2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teruk, muntah, cirit-birit, dan pengsan, Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, dia mungkin pulih selama 2 - 4 hari, tetapi mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gasteratau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan pada kulit menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan pada orang dewasa ialah 20 g. |