Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diajukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
toxin theoryteori toksinBiologiPatologiTeori yang diajukan oleh Wheeler & Luke (1963) untuk memastikan penglibatan toksin dalam menyebabkan sesuatu penyakit, iaitu: i. toksin dalam kepekatan tertentu boleh menyebabkan gejala khas bagi sesuatu penyakit pada perumah yang rentan, ii. patogen dan toksin mempunyai kekhususan perumah yang sama, dan iii. terdapat korelasi positif antara jumlah toksin yang dihasilkan dengan keparahan penyakit. Walau bagaimanapun, perkara (ii) tersebut hanya benar bagi toksin perumah khusus sahaja.
Pogson's rationisbah PogsonMatematikTiadaNisbah antara kecerahan dua magnitud bintang yang berturutan yang diajukan oleh Pognon pada tahun 1856.
interest aggregationagregasi kepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPengumpulan idea, cadangan, tuntutan atau kehendak masyarakat untuk diajukan kepada pihak berkuasa secara berkelompok. Pengumpulan ini boleh dilakukan oleh golongan pendesak media ataupun parti politik bagi memastikan suara mereka mendapat perhatian. Pengumpulan suara ini akan menjadi input kepada proses penggubalan keputusan atau dasar oleh kerajaan. Sistem pemerintahan demokrasi menggalakkan penyuaraan dan desakan seperti ini dilakukan memandangkan ia mewakili kepentingan orang ramai. Sinonim pengumpulan kepentingan.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab denga
author as characterpengarang sebagai watakKesusasteraanTiadaPengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita,
directive counselingkaunseling terarahKomunikasiTiadaProses komunikasi yang didominasikan oleh pemimpin organisasi kepada pekerja yang bermasalah. Komunikasi ini bererti orang yang menerima nasihat atau bimbingan hanya perlu menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya sahaja.
panspermia hypothesishipotesis panspermiaMatematikTiadaHipotesis yang mengatakan bahawa hidupan dalam bentuk spora boleh wujud di angkasa lepas dan boleh dialihtumbuhkan dari satu jasad samawi ke jasad samawi yang lain melalui tekanan sinaran yang diajukan pada tahun 1906 oleh S. Arrhemius, berbangsa Sweden.
reader response theoryteori respons pembacaKesusasteraanTiadaTeori moden yang memberikan fokus kepada respons pembaca berbanding teks. Tidak seperti teori Formalisme dan Kritikan Baru, teori respons pembaca menolak dakwaan bahawa pembaca memainkan peranan pasif dalam penghayatan karya. Teori respons pembaca diajukan pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Di Amerika, teori ini dikembangkan oleh tokoh seperti Stanley fish dan Harold Bloom. Di Eropah, teori ini dikenali sebagai teori resepsi dan diketengahkan oleh beberapa tokoh seperti Wolfgang Iser, Hans Robert Jauss, Michael Riffaterre, dan David Bleich. Lihat juga komuniti interpretif, ufuk harapan.
protestprotesSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor.
habituationpembiasaanPsikologiPsikologi UmumProses penyesuaian yang berlaku apabila kekuatan suatu respons menyusut terhadap sesuatu rangsangan yang diberi secara berulangan sehingga pada satu ketika respons tidak lagi dihasilkan. Contohnya, jika bayi diberi satu objek yang menarik perhatiannya secara berulangan, bayi tersebut akan mengalami pembiasaan. Pada mulanya bayi mungkin teruja untuk memberi respons dengan kadar jantung yang tinggi. Namun setelah sekian waktu, pembiasaan mula berlaku dengan kadar respirasi kian menurun sehingga pada akhirnya bayi tidak lagi mempedulikan objek yang diajukan itu.

Kembali ke atas