degeneration | degenerasi | Perubatan | Tiada | Kemerosotan mutu atau fungsi sesuatu tisu; jika diakibatkan oleh perubahan kimia tisu, keadaan ini disebut degenerasi sebenar, sebaliknya jika diakibatkan oleh penimbunan bahan abnormal di dalam tisu, keadaan ini disebut penyusupan. |
coma | koma | Perubatan | Tiada | Keadaan tidak sedar sepenuhnya. Dalam keadaan begini pesakit tidak dapat dikejutkan walaupun dengan rangsangan yang kuat. Keadaan ini diakibatkan oleh gangguan fungsi otak yang teruk yang diakibatkan oleh pelbagai sebab, antaranya termasuklah trauma, lesion vaskular, toksin endogen atan eksogen. |
myasis | miasis | Biologi | Fisiologi | Keadaan yang diakibatkan oleh infestasi larva lalat atau berenga di dalam badan. |
hypoglycaemia | hipoglisemia | Biologi | Fisiologi | Keadaan yang diakibatkan oleh kepekatan glukosa yang rendah di dalam darah. |
hyperglycemic | hiperlisemia | Biologi | Fisiologi | Keadaan yang diakibatkan oleh kepakatan glukosa yang tinggi di dalam darah. |
perleche | perleche | Perubatan | Tiada | Keadaan yang diakibatkan oleh kekurangan riboflavin, jangkitan kandida, streptokokus dan stafilokokus. Keadaan ini dicirikan dengan permukaan bibir yang terhakis dan pembentukan luka pada sudut bibir. Sin: keilitis sudut, keilosis sudut |
rickets | rikets | Perubatan | Tiada | Keadaan yang diakibatkan oleh kekurangan vitamin D, terutamanya semasa bayi dan kanak- kanak. Keadaan ini diiringi oleh gangguan penulangan yang menjadikan tulang lembut, seterusnya mengakibatkan kebengkokan tulang, misalnya betis pengkar. |
hypalgesic | hipalgesik | Perubatan | Tiada | Berkaitan, dicirikan atau diakibatkan oleh hipalgesia. |
toxic | toksik | Biologi | Fisiologi | Suatu keadaan yang diakibatkan oleh sifat sesuatu bahan toksik. |
dystrophy | distrofi | Biologi | Fisiologi | Suatu gangguan yang diakibatkan oleh kekurangan pemakan atau kerosakan metabolisme. |