Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayangi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splinter partyparti serpihanSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977.
Switched Multimegabit Data Service (SMDS)Perkhidmatan Data Multimegabit Bersuis (SMDS)Teknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan data bersuis berkelajuan tinggi tanpa wayar yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi khusus untuk aplikasi di dalam persekitaran rangkaian kawasan metropolitan (MAN). Perkhidmatan ini direka bentuk untuk saling sambung rangkaian kawasan setempat ke rangkaian kawasan setempat(LAN - LAN). Ia juga boleh dikembangkan untuk perkhidmatan rangkaian kawasan luas(WAN). Perkhidmatan ini diperkenalkan pada tahun 1992 dan digunakan di seluruh dunia pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana dibayangi oleh geganti bingkai dan mod pindahan tak segerak(ATM).

Kembali ke atas