photosynthesis | fotosintesis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembinaan karbohidrat ringkas daripada karbon yang dibekalkan oleh karbon dioksida, dan hidrogen yang dibekalkan oleh air, dengan menggunakan tenaga suria yang diserap oleh klorofil. |
mismatch factor | faktor tak padan | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah di antara arus yang dibekalkan oleh sumber pada beban yang tak padan dengan arus yang dibekalkan pada beban yang berpadanan galangannya. |
proportional region | daerah berkadaran | Fizik | Atom dan Nuklear | Julat voltan yang dibekalkan dalam suatu tiub pembilang sinaran yang faktor amplifikasi gas melebihi 1 dan berkadaran dengan voltan yang dibekalkan. Faktor amplifikasi gas biasanya antara 103 hingga 104. |
water requirement | keperluan air | Sains | Hidrometeorologi | 1. (Dalam kejuruteraan pengairan) Jumlah air yang diperlukan untuk mematangkan tanaman tertentu dalam keadaan alamiah. Ini termasuklah pengairan yang dibekalkan, kerpasan, dan air tanah yang dibekalkan kepada tumbuhan. 2. (Dalam fisiologi tumbuhan) sama dengan nisbah peluhan. |
load | muatan; beban | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang daya atau ganding yang bertindak pada struktur.,2. Kuantiti gas yang dibekalkan atau diperlukan di mana-mana titik yang tertentuk dalam sistem bekalan gas.,3. Kerja yang dilakukan oleh enjin atau motor.,4. Kuasa yang digunakan oleh mesin atau litar dalam melaksanakan fungsinya.,5. Perintang atau galangan-galangan lain yang dapat mengganti beberapa unsur litar.,6. Kuasa yang dibekalkan oleh mesin.,7. Peranti yang menyerap kuasa dan menukarnya kepada bentuk yang dikehendaki.,8. Galangan yang dibekalkan dengan tenaga.,9. Bahan yang dipanaskan oleh pemanas dielektrik atau aruhan.,10. Mengisi storan dalam komputer dengan maklumat yang diperoleh daripada storan bantu atau storan luar. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |
population served | penduduk yang dibekalkan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
emergency air | udara kecemasan | Aeroangkasa | Tiada | Udara termampat yang digunakan pada sistem hidraulik pesawat udara sekiranya bekalan tenaga normal gagal dibekalkan.,Terowong angin yang berupaya menggerakkan udara di dalam bahagian ujian pada kelajuan lebih tinggi daripada kelajuan bunyi, biasanya dilakukan dengan melepaskan udara yang telah dimampatkan.,Permukaan tetap yang menegak, terletak pada bahagian ekor pesawat udara berfungsi untuk meningkatkan kestabilan berarah pesawat udara berkenaan.,Udara termampat yang digunakan pada sistem hidraulik pesawat udara sekiranya bekalan tenaga normal gagal dibekalkan.,Sampel yang mewakili keseluruhan sesuatu bahan atau larutan yang dianalisis untuk sesuatu komponen bagi mengetahui kandungan komponen tersebut. |
datagram | datagram | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan yang dibekalkan oleh rangkaian data pensuisan paket. |
haemotroph | hemotrof | Perubatan | Tiada | Jumlah makanan berkhasiat yang dibekalkan kepada embrio daripada darah ibu semasa kehamilan. |