melediction | kutukan | Kesusasteraan | Puisi | Kata-kata makian, cercaan, nistaan yang mengarah kepada sumpahan khususnya kepada seseorang tokoh yang dibenci. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
overgeneralization | terlebih generalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Penggunaan sesuatu perkataan yang merangkumi perkara yang terlalu banyak. Menurut Ellis yang mempelopori terapi tingkah laku emosi rasional menyatakan bahawa individu yang berada dalam keadaan beremosi dan marah akan berkecenderungan untuk membuat generalisasi secara berlebihan. Mereka mungkin menjangka atau membuat anggapan bahawa seseorang amat buruk sifatnya dengan hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Contohnya, seorang lelaki yang gagal memiliki gadis idamannya akan merasakan dirinya dibenci oleh semua orang dan menghadapi masa hadapan yang gelap. |