road panel | panel jalan | Kejuruteraan | Tiada | Kawasan konkrit yang dibentangkan dalam satu operasi dan dibatasi sambungan-sambungan atau pinggir-pinggir bebas di semua sisi. |
White Paper | Kertas Putih | Undang-undang | Tiada | Dokumen yang dibentangkan di Parlimen tentang perkara yang pada pandangan kerajaan menarik minat Parlimen tetapi pembentangan itu tidak dikehendaki oleh undang-undang. |
developable surface | permukaan boleh berkembang | Matematik | Tiada | Permukaan yang boleh dibentangkan di atas suatu satah tanpa pembesaran atau kecutan dan tidak koyak. |
old age (river) | peringkat tua (sungai) | Geografi | Tiada | Tahap akhir dalam konsep kitaran geografi yang dibentangkan oleh W.M.Davis. |
accounting report | laporan perakaunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Maklumat terperinci tentang prestasi sesebuah firma atau syarikat yang dibentangkan dalam Penyata Kunci Kira-kira, Akaun Untung - Rugi dan penggunaan dana. |
stensil-siap | stensil-siap | Kesenian | Seni Batik | Proses membatik dengan menggunakan blok stensil. Mula-mula kain yang dibentangkan pada meja stensil, dicap dengan blok stensil beberapa kali bergantung pada corak dan warna yang diperlukan, biasanya empat warna, kemudian dimatiwarnakan dengan mengukusnya, dan dikincah dan akhirnya dijemur. Kain yang diperoleh disebut sebagai batik stensil-siap. |
lower hang roll | landasan penetap | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Alat yang digantung untuk menetapkan kedudukan gelung supaya tidak terburai ketika dibentangkan. |
lower hang roll | landasan penetap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digantung untuk menetapkan kedudukan gelung supaya tidak terburai ketika dibentangkan. |
negative procedure | tatacara negatif | Undang-undang | Tiada | Merujuk kepada peruntukan dalam undang-undang yang menghendaki supaya perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu dibentangkan di Parlimen, dan jika ada bantahan terhadapnya, maka perundangan subsidiari itu boleh dibatalkan tanpa perundangan. |
data reduction | pengecilan data | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pemilihan dan pengeditan kendalian untuk memperoleh fakta dari jumlah data mentah yang besar.,2. Meringkaskan maklumat untuk pemprosesan atau untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. |