Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberitahu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
validity periodtempoh sahHerbaPeraturan dan PemasaranJangka masa produk berdaftar atau kosmetik diberitahu dibenarkan untuk berada dalam pasaran. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat, tempoh sah bagi pendaftaran produk herba adalah selama 5 tahun dan perlu diperbaharui 6 bulan sebelum tamat tempoh. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh sah kosmetik diberitahu adalah selama dua tahun dan perlu diperbaharui satu bulan sebelum tamat tempoh.
notified cosmetickosmetik diberitahuHerbaPeraturan dan PemasaranProduk kosmetik yang mempunyai nombor pemberitahuan dan masih dalam tempoh kesahan pemberitahuan. Sinonim kosmetik bernotifikasi.
proclamationproklamasi; pengisytiharanSejarahTiadaPengisytiharan atau pengumuman yang diberitahu kepada umum atau anjuran tentang sesuatu hal.
notified cosmetickosmetik bernotifikasiHerbaPeraturan dan PemasaranLihat kosmetik diberitahu.
open labellabel terbukaPerubatanTiadaKaedah kajian klinikal yang pengkaji dan subjek kajian diberitahu jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini menimbulkan bias kepada pengkaji dan subjek.
unclaimed itemsbarang tak dituntutPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang tidak dituntut oleh penerima walaupun telah diberitahu supaya dituntut.
single-blindbuta tunggalPerubatanTiadaKaedah kajian klinikal yang subjeknya menerima ubat yang hendak diuji tetapi tidak diberitahu jenis ubat tersebut. Walau bagaimanapun, pengkaji yang terlibat mengetahui jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini mengurangkan bias pada subjek kajian.
reminder therapyterapi peringatanPergigianTiadaKaedah rawatan dan pembelajaran secara mengulang kembali sesuatu yang telah diajar atau diberitahu pada sesi rawatan sebelumnya. Terapi ini untuk mengingatkan kembali pesakit terutama pesakit istimewa tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan rawatan yang telah atau akan diberikan.
reminder of pawn expiryperingatan tamat tempoh gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberitahuan yang dihantar oleh pegadai kepada penggadai sebagai makluman bahawa tarikh tamat tempoh gadaian telah hampir. Peringatan ini diberitahu kepada penggadai secara berperingkat mengikut taraf dan jenis peringatan tersebut. Contohnya, Bank Rakyat mengeluarkan tiga jenis peringatan, iaitu peringatan pertama dikeluarkan pada 14 hari sebelum tamat tempoh gadaian, peringatan kedua, satu hari selepas tamat tempoh gadaian dan peringatan terakhir, 14 hari selepas tamat tempoh peringatan kedua. Sekiranya barang gadaian tidak ditebus dengan segera selepas peringatan terakhir barang gadaian akan dilelong.
contactless deliverypenghantaran tanpa sentuhPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan penghantaran makanan atau barangan melalui pesanan dalam talian tanpa pertemuan dan sentuhan antara pelanggan dan penghantar. Makanan atau barangan akan diletakkan di tempat yang selamat, seperti lobi atau hadapan pintu rumah pelanggan. Pelanggan akan diberitahu melalui panggilan telefon atau teks mesej sebagai bukti pengesahan penghantaran.
12

Kembali ke atas