undercroft | kebuk bawah tanah | Kesenian | Seni Bina | Ruang atau bilik yang dibina di bawah tanah untuk dijadikan sebagai tempat penyimpanan. Ruang seperti ini banyak dibina semasa Zaman Pertengahan, contohnya Myres Castle di Scotland yang dibina pada tahun 1300. Pada masa kini, kebuk bawah tanah dibina di bangunan-bangunan untuk pelbagai tujuan seperti tempat meletakkan kenderaan. |
linear park | taman Ielurus | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina secara sejajar seperti taman yang dibina di sepanjang tepian sungai. |
kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |
turret | turet | Kesenian | Seni Bina | Menara kecil yang dibina secara menegak di dinding sesebuah bangunan. Ia banyak dibina di bangunan-bangunan pada Zaman Pertengahan di Eropah, seperti di istana Medieval. |
retaining wall | tembok penahan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tembok yang dibina untuk menyokong tebing tanah daripada runtuh. Tembok ini dibina daripada konkrit tetulang. |
sunken fence | pagar tenggelam | Landskap | Tiada | Pagar yang dibina di kawasan melengkung seperti lurah dan ha-ha. Pagar ini dibina bertujuan memberi halangan fizikal tanpa mencacatkan pemandangan. |
Bastille | Bastille | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Benteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis. |
mole | empang ombak | Sains Marin | Tiada | Struktur besar yang biasanya dibina menggunakan batu untuk menghalang aliran air. Permatang selalunya dibina di tebing sungai atau di pesisir pantai bagi mengelakkan air membanjiri kawasan tanah yang berhampiran. Sinonim permatang. |
fish ladder | tangga ikan | Perikanan | Tiada | Struktur seperti tangga yang dibina bagi memudahkan ikan berhijrah ke hulu sungai untuk membiak. Tangga ini dibina di kawasan halangan seperti empangan bagi membolehkan ikan seperti kelah, sebarau dan salmon berhijrah ke kawasan pembiakan. |
penthouse | emper | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ruang tertutup yang dibina di bumbung rata untuk menutup jalan tangga, elevator atau peralatan-peralatan lain.,2. Ruang penginapan yang dibina di atas bumbung utama.,3. Bumbung atau bangsal condong yang terlekat pada dinding atau bangunan. |