Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibunuh

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh,
     nak dibunuh sayang.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protected personorang dilindungiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan manusia yang tidak boleh dibunuh atau dicederakan dalam konflik bersenjata. Orang dilindungi ialah orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan (seperti orang awam, pegawai perubatan, dan petugas kemanusiaan) dan orang yang tidak lagi mampu berperang (seperti askar yang cedera atau sakit, dan tawanan perang). Mereka dilindungi daripada dibunuh, dicederakan atau perbuatan-perbuatan ganas lain. Wanita dan kanak-kanak pula dilindungi secara khusus. Wanita dilindungi daripada dirogol, pelacuran paksa, kehamilan paksa, serangan sumbang dan perhambaan. Kanak-kanak dilindungi daripada digunakan untuk menyertai permusuhan dan perhambaan. Perbuatan mencederakan orang dilindungi merupakan jenayah perang dan/atau jenayah terhadap kemanusiaan.
abduction-rape-murderculik-rogol-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol lalu dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian itu, atau sebaliknya dibunuh lalu dirogol.
bacterinbakterinKimiaTiadaBakteria yang mengalami proses pengatenuatan atau dibunuh dan disuntik ke dalam tubuh untuk meningkatkan keimunan daripada jangkitan bakteria yang berkaitan.
bacterinbakterinBiologiMikrobiologiBakteria yang telah mengalami proses pengatenuatan atau dibunuh. Bakteria ini disuntik ke dalam jasad untuk meningkatkan keimunan perumah daripada jangkitan bakteria yang berkaitan.
susceptible organismorganisma rentanAIDSTiadaOrganisma yang replikasinya mudah direncat atau dibunuh akibat pemberian ubat tertentu.
vaccinevaksinBiologiMikrobiologiSediaan yang terdiri daripada mikroorganisma seperti virus dan bakteria yang telah dibunuh atau diatenuat. Istilah ini juga merujuk kepada bahagian protein mikroorganisma yang boleh merangsang pengeluaran antibodi yang berkaitan.
endosaprophytismendosaprofitismeBiologiMikologiCara pemakanan, misalnya cara pemakanan liken, yang dengannya beberapa sel alga dibunuh terlebih dahulu dan kemudian makanan dari sel-sel alga yang mati itu diserap secara saprofit.
necrotophnekrotofBiologiPatologiPerihal organisma, biasanya kulat, yang memperoleh nutriennya daripada sel yang telah dibunuh olehnya hingga menyebabkan gejala nekrosis. Proses pembunuhan sel tersebut berlaku dengan cepat. lih pertofit. bd. biotrof
intercellular productproduk antara selKejuruteraanKejuruteraan KimiaProduk proses penapaian yang masih berada di dalam sel, dengan sel perlu dibunuh untuk mendapatkan produknya.
personal legendslegenda peribadiKesusasteraanTiadaCerita tentang ketokohan seseorang yang mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh tokoh lain. Contoh: kekebalan Si Pitung yang hanya dapat dibunuh dengan peluru emas, Hang Jebat hanya mati di tangan Hang Tuah dengan keris Taming Sari.
123

Kembali ke atas