random access | capaian rawak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keupayaan untuk membaca atau menulis maklumat di mana-mana pada peranti storan dalam jangka masa yang malar tanpa mengira kedudukan maklumat yang dicapai dan kedudukan maklumat yang dicapai sebelumnya.,2. Proses apabila data dicapai dalam urutan tak berjujukan dan mungkin pada jeda masa yang tak sekata. |
segment accessibility | kecelusan ruang | Komunikasi | Korporat | Bahagian dalam laman web sesebuah syarikat atau organisasi yang boleh dicapai atau dicelus oleh khalayak dengan mudah. Selain itu, terdapat juga bahagian yang boleh dicapai oleh khalayak yang berdaftar sahaja. Bahagian dalam laman web tersebut biasanya bersifat umum serta mempunyai kaitan dan berkepentingan langsung dengan khalayak. Antara bahagian yang boleh dicapai oleh khalayak termasuklah profil syarikat atau organisasi, jenis barangan atau perkhidmatan organisasi, dan jawapan bagi soalan yang kerap ditanya. Kandungan maklumat yang disediakan bertujuan untuk mengurangkan jurang komunikasi dalam kalangan khalayak, mewujudkan publisiti, dan memudahkan khalayak mendapatkan maklumat barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. |
dovetail retention | pegangan tanggam | Pergigian | Tiada | Bentuk rintangan pada kaviti yang dicapai dengan membuat tanggam pada kaviti. Bentuk ini merupakan salah satu daripada bentuk rintangan yang boleh dicapai dalam penyediaan kaviti untuk restorasi amalgam dan inlai. |
common consent | persetujuan umum | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang. |
business objective | objektif perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi perniagaan dalam jangka masa tertentu. Objektif perniagaan lazimnya dinyatakan secara jelas dan boleh diukur dengan suatu penyataan yang boleh dikongsi bersama-sama oleh ahli organisasi. Objektif ini boleh ditentukan oleh pihak atasan mahupun diputuskan secara bersama-sama mengikut peringkat objektif yang ingin dicapai, dan perlu disokong dengan sumber dan infrastruktur yang diperlukan. Contoh objektif perniagaan yang baik perlu mengandungi ciri-ciri tertentu, iaitu khusus, boleh diukur, mampu dicapai, realistik dan mempunyai faktor masa. |
online documentation | dokumentasi dalam talian | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen salinan lembut yang boleh dicapai melalui Internet. Lazimnya dokumen ini disediakan oleh syarikat pengeluar perisian dan perkakasan, syarikat perkhidmatan, kerajaan dan organisasi bagi memerihalkan maklumat tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan, atau kertas putih, polisi dan lain-lain. Sesetengah syarikat menyediakan dokumen dalam talian yang mampu berinteraktif dengan pengguna misalnya tutorial untuk memahami atau menyelesaikan masalah. Contohnya dokumen pedoman umum ejaan bahasa Melayu yang boleh dicapai dari www.dbp.gov.my. Lihat bantuan dalam talian. |
concensus | persetujuan | Sejarah | Tiada | Persetujuan yang dicapai secara sebulat suara dalam sesuatu perjumpaan, perhimpunan dan perbincangan |
verstehen | verstehen | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman yang dicapai menerusi proses empati. Verstehen biasanya dikaitkan dengan hermeneutika. Verstehen berasal daripada perkataan Jerman yang digunakan sejak akhir abad ke-19. Lih?t jug? empati, hermeneutika |
As Low As Reasonably Achievable (ALARA) | dos terendah munasabah dicapai (ALARA) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Konsep yang digunakan untuk mengurangkan dos dedahan terhadap pancaran sinar pengionan ke tahap yang paling minimum. Terdapat tiga faktor dalam konsep ini, iaitu tempoh dedahan, jarak daripada sumber sinaran dan bahan perisai. |
access | akses | Umum | Tiada | Keadaan yang boleh dicapai dan disertai oleh OKU. |