Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicipta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zajalzajalKesusasteraanTiadaPuisi lisan tradisional yang disampaikan dalam dialek tempatan. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol). Sebahagian puisi z?j?l dicipta secara improvisasi dan sebahagiannya dipersembahkan dalam bentuk perbahasan. Biasanya, persembahan dilakukan oleh sekumpulan penyanyi lelaki yang mendendangkan sebahagian daripada puisi tersebut, diiringi alat muzik seperti gendang dan serunai. Kemunculan puisi ini berpunca daripada perkembangan puisi muwashshahah di Andalaus. Puisi z?j?l dan muwashshahah mempunyai ciri persamaan yang ketara terutamanya dari segi penggunaan dialek tempatan dan strukturnya. Seterusnya, muncul pada z?j?l yang menggunakan bahasa Arab standard hasil penglibatan penyair Arab jati yang mendiami Andalus. Kemunculan z?j?l bukan sahaja memperkaya perbendaharaan seni sastera Arab, tetapi juga menonjolkan seni berasaskan dominsi etnik Barbar. Pelopor puisi ini ialah Abu Bakr Ibn Quzman yang berketurunan Barbar. Selain Ibn Quzman, terdapat beberapa orang penyair yang terlibat secara lan
dramadramaKesusasteraanTiadaKarya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yun
secondary worlddunia sekunderKesusasteraanTiadaDunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien.
portable document format (PDF)format dokumen mudah alih (PDF)Teknologi MaklumatTiadaFormat piawai fail dokumen yang dicipta oleh Adobe Acrobat bagi membolehkan dokumen dipindahkan dan dipaparkan menerusi Internet. Dokumen PDF bebas dipaparkan dan dibaca semula menggunakan mana-mana platform aplikasi sama ada MS Office, atur cara CAD atau aplikasi penerbitan atas meja dengan menggunakan aplikasi Adobe Acrobat Reader. Format PDF berjaya mengatasi masalah dokumen yang dicipta dengan aplikasi lain yang perlu dibaca dan dipaparkan menerusi aplikasi yang berbeza. Format fail ini mempunyai sambungan .pdf.
quarfeloidkuarfeloidGeologiTiadaIstilah yang dicipta oleh Johannsen pada 1911 dalam pengelasan batuan igneusnya untuk menunjukkan gabungan mineral kuarza dan gabungan mineral feldspar dan feldspar dan feldspatoid.
envoyenvoiKesusasteraanTiadaStanza yang dicipta secara konvensional di akhir beberapa jenis sajak tertentu, terutama dalam bentuk ballade Perancis.
spectrophotometerspektrofotometerMatematikTiadaAlat yang dicipta untuk mengukur keamatan garis spektrum tertentu, atau rangkaian garis spektrum di dalam spektrum serapan atau pancaran.
al-muwashshaḥahal-muwashshaḥahKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha
apertometerapertometerFizikOptikAlat yang dicipta untuk mengukur bukaan berangka mikroskop objek. meter bukaan
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood.
12345678910...

Kembali ke atas