risk avoidance | pengelakan risiko | insurans | Tiada | Sesuatu risiko boleh dielakkan menggunakan dua cara iaitu dengan tidak mengambil atau terdedah kepada risiko itu, atau dengan meninggalkan risiko itu supaya ianya tidak wujud lagi. |
aversive stimuli | rangsangan aversif | Pendidikan | Tiada | Kejadian atau rangsangan yang dielakkan oleh seseorang pelajar kerana tidak selesa akibat perbuatan atau rangsangan yang kurang menyenangkan. Contohnya, pelajar yang menjalankan sesuatu projek yang berat akan menyebabkan pelajar berkenaan kurang selesa dan akhirnya cuba mengelak daripada meneruskan kerja tersebut. |
inevitable abortion | keguguran tak terelak | Perubatan | Tiada | Keguguran yang tidak dapat dielakkan kerana kematian fetus. |
interruption of play | gangguan permainan | Sukan | Tiada | Gangguan yang tidak dapat dielakkan. |
conveyance loss | kehilangan hantaran | Kejuruteraan | Tiada | Kehilangan air, kebanyakannya yang tidak dapat dielakkan, dalam saluran pengairan atau pembekalan air. |
play in suspended | tangguh | Sukan | Tiada | Perlawanan dihentikan buat sementara apabila berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan. |
common plight | umum balwa | Ekonomi | Ekonomi Islam | Unsur terlarang syarak yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar dielakkan. Aktiviti yang mengandungi unsur terlarang ini terpaksa dilakukan yang berpunca daripada sifat aktivitinya yang melibatkan ramai orang daripada berbagai bangsa dan agama serta masyarakat antarabangsa. Contohnya, dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan riba daripada simpanan tetap bank konvensional. |
deadheading | lalu buta | Kejuruteraan | Tiada | Amalan melalui satu jalan raya yang sama lebih daripada sekali. Amalan begini perlu dielakkan dalam pemungutan sampah. |
security integrity | integriti keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jaminan bahawa dasar dan mekanisme keselamatan yang digunakan tidak boleh dielakkan atau digagalkan oleh sebarang individu atau proses, sama ada menerusi niat hasad atau sebaliknya. |
quicksilver | raksa | Herba | Pemiawaian | Istilah sama bagi merkuri dalam bentuk asli sebelum digunakan. Dalam pemiawaian, kontaminasi raksa perlu dielakkan bagi menjamin kualiti ekstrak herba yang digunakan. |