accent lighting | tekanan tatacahaya | Kesenian | Hiasan Dalaman | Cahaya yang difokuskan pada sesuatu objek bagi menunjukkan kepentingan objek tersebut, atau untuk menarik perhatian seseorang terhadap sesuatu bahagian pada objek itu. Contohnya, lampu tumpu yang digunakan pada pedestal di ruang pameran. |
spotlight | lampu tumpu | Sosiologi | Tiada | Lampu yang mempunyai cahaya terang yang difokuskan kepada sesuatu kawasan. |
spotlight | lampu tumpu | Pendidikan | Tiada | Lampu yang mempunyai cahaya terang yang difokuskan kepada sesuatu kawasan. |
photocoagulator | pemfotogumpal | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang menggunakan alur cahaya berkeamatan tinggi yang difokuskan pada salur darah untuk memberhentikan pendarahan. |
target of health services | sasaran perkhidmatan kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti kesihatan yang difokuskan kepada individu yang khusus. |
solar laser | laser suria | Kejuruteraan | Tiada | Laser yang dihasilkan daripada pengepaman sinaran suria yang difokuskan oleh cermin. |
Linnik interference microscope | mikroskop interferens Linnik | Fizik | Optik | Mikroskop interferens yang digunakan untuk mengkaji struktur permukaan bagi spesimen yang dapat memantulkan cahaya dari suatu sumber yang terbelah kepada dua alur oleh cermin separa pantulan. Satu daripada alur tersebut difokuskan melalui kanta objek ke atas permukaan spesimen dan yang satu lagi difokuskan ke atas permukaan bandingan. Setelah berlaku pantulan daripada permukaan masing-masing, maka alur disatukan semula oleh cermin. |
Coude� telescope | teleskop Coude� | Fizik | Optik | Teleskop yang menyebabkan cahaya dipantul sepanjang paksi kutub untuk difokuskan pada suatu tempat tetap yang boleh dilihat menerusi okular mata tetap atau direkodkan oleh spektrogaf. |
cathode ray tube | tiub sinar katod | Fizik | Moden | Tiub yang mengandungi alur elektron yang dapat difokuskan ke satu kawasan kecil dan dapat diubah-ubah kedudukannya dan keamatannya. |
prime focus | fokus prima | Fizik | Optik | Kedudukan titik fokus dalam teleskop pantulan. Cahaya dari objek samawi difokuskan oleh cermin utama yang terletak pada paksi cermin yang berhampiran dengan hujung bukaan tiub teleskop. fokus perdana. |